Reaksi Tentang Pemergian Mohsin
Kematian ...
Hari yang mendung hari ini adalah semendung hatiku. Ia bermula daripada mula terbaca di akhbar berita dan utusan online mengenai perginya adinda Sultan Pahang ke pangkuan yang Maha Esa. Berita mengenai pemergiannya amat sedih dan memilukan. Ia di tikam oleh anaknya sendiri yang sedang dalam keadaan pengambilan dadah berlebihan. Demi untuk meleraikan antara ayah dan anak..maka dirinya sendiri ditikam dan suami juga dalam keadaan parah, tetapi stabil. Manakala si anak juga telah meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan.
Tghari pula..bila menelefon mummy di KL, katanya pada saya.."tahu tak Hani Mohsin dah meninggal dunia"..saya agak terkejut berkata.."betul ke..entah2 org fitnah kot"..kata mummy lagi.."betul dah keluar berita pun, dia meninggal di KLIA sbb serangan jantung". Apalagi saya cuba melayari berita di mstar.com.my, ia memang benar tertulis "Hani Mohsin Meninggal Dunia".
Tersentak hati saya, walaupun pertalian cuma saudara seislam..kedua-dua kejadian amat menginsafkan. Allahyarham Hani Mohsin baru berusia 41 tahun. Agak muda, detik hati saya.
Ya, saya cuba kuatkan hati dan berfikir..nyawa yang diberi didunia ini adalah pinjaman, ikutkan semua adalah pinjaman ibu, ayah, suami, anak-anak, harta-benda dan kemewahan dll, tapi..bila sampai hukum dan perjanjian..kita akan pergi mengadapNYA jua. Doa saya agar saya dapat menjaga ibu dan ayah, suami dan anak-anak sehingga dia bisa berdikari ..tetapi di sudut hati yang lain tetap berkata..semua itu di tanganNYA. Tiada siapa yang dapat menghalang perjanjian yang telah ditetapkan antara kita dengan NYA.
Kematian akan tetap datang..cuma bila, di mana, bagaimana..hanya DIA yang mengetahui. Semoga kita semua berada dalam golongan org-org yang beriman dan mudahkanlah walau apa jua untuk kita.....doa hati saya. Buat ahli keluarga, kawan-kawan dan sesiapa sahaja..kesempatan ini saya memohon maaf atas apa jua kesalahan saya terhadap anda semua sama ada sedari atau tidak sedari..saya mohon maaf zahir dan batin..dan saya juga memaafkan sesiapa sahaja yang sama ada sedari atau tidak sedari menyentuh hati saya, saya akur masa saya juga tidak tentu..hanya doa sahaja yang bisa diucapkan..yang lainnya bukan kerja saya..maafkan saya..zahir dan batin...
Moga Allahyarhamah dan Allahyarham di tempatkan dikalangan org-org yang beriman..insyallah...
Oleh ROSES-lifelikethat
*******
HIP
Program Mohsin ‘beku’ sementara
SEMUA stesen televisyen dirayu tidak menyiarkan sebarang rancangan atau drama yang membabitkan pelakon dan pengacara program TV, Allahyarham Hani Mohsin untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu.
Rayuan itu dibuat oleh pengarah drama yang mempunyai hubungan akrab dengan Allahyarham, Ahmad Ibrahim atau dikenali sebagai Mat London.
“Rayuan ini juga diminta oleh anggota keluarga Allahyarham Hani Mohsin. Ini untuk menghormati pemergian Allahyarham.
“Saya difahamkan Astro menyambut rayuan ini apabila tidak menyiarkan program Roda Impian untuk sementara waktu.
“Kita berharap, stesen TV lain juga dapat melakukan tindakan yang sama. Kalau kebetulan dalam masa seminggu ini ada program atau drama lakonan Hani Mohsin, saya harap siarannya dapat ditangguhkan,” katanya.
Dia berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis tahlil di kediaman Allahyarham Hani Mohsin di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.
Menurut Ahmad lagi, Hani Mohsin dianggap sebagai ‘adik’ kerana mengenalinya sejak Allahyarham mula menceburi bidang lakonan lagi.
“Memang saya ada hubungan peribadi yang sangat rapat dengan beliau. Saya kenal Hani sejak dia sebelum kahwin lagi. Malah saya turut sama-sama membantu menguruskan perkahwinannya dengan Tiara Jacquelina.
“Walaupun agak lama tidak terbabit dalam penerbitan drama, kami saling berhubung. Malahan, dua hari sebelum meninggal dunia, arwah ada menghubungi saya mengatakan ada projek besar.
“Bersungguh-sungguh arwah bercakap pasal projek besar itu. Tapi dia mahu bercuti terlebih dulu sebelum berbincang lebih lanjut mengenai projek itu,” jelasnya lagi.
Malahan, sebagai tanda keikhlasannya, Ahmad Ibrahim juga turut mengadakan majlis yang berasingan iaitu di Masjid Taman Melawati, Hulu Klang. Satu lagi majlis tahlil akan diadakan oleh Persatuan Seniman di Kompleks Finas pada 30 Julai ini.
“Tapi majlis tahlil di sini (di Bukit Antarabangsa) adalah inisiatif daripada kawan-kawan arwah semasa di MCKK,” jelasnya.
Hani Mohsin, 41 meninggal dunia pada pagi Selasa lalu kerana serangan sakit jantung, semasa beliau bersama anaknya, Hani Karmila dalam perjalanan untuk bercuti di Langkawi.
Sementara itu, Azmi Massod yang mewakili bekas rakan Allahyarham Hani Mohsin berkata, majlis tahlil selama tiga hari ini dianjurkan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1978 hingga 1982.
Sehubungan itu, beliau meminta rakan yang seangkatan dengan Allahyarham Hani Mohsin dan bekas pelajar MCKK dapat datang bersama-sama menjayakan majlis tahlil ini yang diadakan selama tiga hari dari Rabu hingga hari ini (Jumaat).
“Sebagai kawan rapat, kami tahu Hani anak tunggal, yatim piatu. Saudara maranya pula jauh kerana kebanyakannya di Perlis. Sebab itulah, kami berpakat mengadakan majlis tahlil ini untuk arwah. Pada mulanya tahlil ini hendak diadakan di surau berhampiran, tetapi selepas mendapat keizinan ibu saudara arwah, ia diadakan di rumah ini,” katanya.
Majlis tahlil yang diadakan selepas solat Isyak ini turut dihadiri kakitangan syarikat penerbitan Hani Mohsin, Imagine Pictures Sdn Bhd dan beberapa orang anak yatim dari Rumah Bakti, Hulu Klang. Turut kelihatan ialah Datin Seri Tiara bersama suaminya, Datuk Seri Effendi Norwawi.
Menurut Azmi, rakan seperjuangan Hani dalam dunia seni tidak hadir kerana mungkin tidak tahu majlis tahlil itu diadakan.

Posted at 10:54 am by HAYRIN86
Make a comment Permalink
Make a comment Permalink
******
Jul 26, 2006Berita Harian (Rabu, 26 Julai 2006)
Hani Mohsin meninggal sakit jantung
SERDANG: Pelakon, pengacara dan penerbit drama, Hani Mohsin Hanafi, meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.
Hani Mohsin, 41, berasal dari Perlis, rebah di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) lapangan terbang itu, kira-kira jam 10 pagi selepas mendaftar untuk menaiki pesawat ke Alor Star.
Allahyarham dan anaknya, Hani Karmila, 10, yang tiba di kaunter pemeriksaan masuk pada jam 9.50 pagi adalah penumpang terakhir untuk menaiki pesawat yang dijangka berlepas jam 10.20 pagi.
Yasin Hamid, Penerbit Eksekutif Imagine Pictures, syarikat penerbitan yang diusahakan Allahyarham, berkata ketika kejadian Hani Mohsin baru selesai membuat pendaftaran masuk untuk menaiki pesawat.
Dua beranak itu bercadang mengunjungi sanak saudara mereka di Kangar dalam perjalanan bercuti di Langkawi.
Difahamkan, Hani Mohsin, yang tiba di LCCT bersama anaknya dengan membawa hanya satu beg galas kira-kira jam 9.40 pagi, rebah sebaik mendapat pas berlepas daripada petugas di kaunter 30 terminal itu, 10 minit kemudian.
Beliau kemudian diberi bantuan pernafasan sebelum dikejarkan petugas LCCT ke Pusat Perubatan Pusrawi KLIA berhampiran terminal kargo, satu kilometer dari situ.
Bagaimanapun, doktor mengesahkan beliau meninggal dunia setibanya di situ. Jenazahnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum dibawa ke rumahnya di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.
Bekas isteri Allahyarham, Datin Seri Tiara Jacquelina, ketika ditemui di Hospital Serdang, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada anaknya pada jam 10 pagi memaklumkan bapanya pengsan.
Sambil menyifatkan Hani Mohsin seorang yang penyayang terutama terhadap anaknya, Tiara berkata, Allahyarham tidak pernah memberitahu dia menghidap penyakit jantung.
Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Redzwan, Hulu Klang, bersebelahan kubur ibunya, Hasni Bakar, yang meninggal dunia pada Mei 2004.

*****
HIP
Belasungkawa Hani Mohsin Hanafi (18 Jun 1965 - 25 Julai 2006): Pernah ponteng kerja cari peluang berlakon
Hani Mohsin menghembus nafas terakhir di hadapan satu-satunya zuriat - Hani Karmila - semalam
TIADA lagi tawa ceria atau gurau senda. Apa yang tinggal kini, hanya cebisan memori yang akan terus terpahat di ingatan mereka yang pernah akrab dengan aktor berwibawa, Hani Mohsin Hanafi.
TIADA lagi tawa ceria atau gurau senda. Apa yang tinggal kini, hanya cebisan memori yang akan terus terpahat di ingatan mereka yang pernah akrab dengan aktor berwibawa, Hani Mohsin Hanafi.
Sebaik tiba di Terminal LCCT, Sepang, arwah rebah dan kira-kira jam 10 pagi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kerana serangan jantung. Tertutup sudah helaian diari kehidupan seorang insan bernama Hani Mohsin dan di hati insan seni, jasanya akan terus mekar dan dikenang.
Mohsin, 41 mula menjinakkan diri dengan dunia lakonan ketika menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan minat itu semakin bercambah apabila melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.
Di UiTM, Allahyarham mengasah bakat lakonan hingga dilantik sebagai Presiden Persatuan Anak Seni Kampus atau Peska. Selepas tamat pengajian di UiTM pada 1987, Mohsin bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah firma swasta.
Namun, ia bertahan setakat sembilan bulan apabila kerap ponteng bekerja kerana mencari peluang untuk berlakon. Ketika itu, dia menerima tawaran berlakon drama pertama Tapak Gemilang arahan Rahman Adam dan seterusnya siri Naik Tangga Turun Tangga selama 26 episod.
Cerekarama yang dibintangi pada 1988 itu seolah-olah memberi harapan bintangnya dalam bidang seni akan cerah. Kemampuan Mohsin sebagai aktor disegani mula diakui dan filem Jimi Asmara serta Embun membuktikan dia antara pelakon lelaki yang mempunyai ruang mencipta nama besar.
Jimi Asmara benar-benar mempopularkan Mohsin. Malah, sejak muncul dalam filem period arahan pengarah wanita, Erma Fatima ramai peminat memanggilnya dengan nama watak yang dibawakan Mohsin dalam filem itu.
Kesan Jimi Asmara, Mohsin dilamar M Nasir untuk membintangi filem, Merah selepas tertarik dengan penampilannya dalam filem itu.
Secara peribadi, Mohsin puas dengan watak itu apatah lagi peluang membintangi filem period seperti itu tidak selalu datang. Ternyata pengaruh Jimi Asmara agak ‘melekat’ dengan pelakon itu kerana selepas filem terbabit, dia menerima beberapa tawaran watak bercorak period seperti teater, Perempuan Seorang Leftenan Inggeris.
Bagi Mohsin sendiri, watak period memang menarik kerana ia seperti membawanya kembali ke zaman lampau yang klasik. Kelebihan itu juga membawa pengarah asing, John Boorman menawarkannya watak sebagai lelaki Burma dalam filem Beyond Rangoon.
Demi menghidupkan wataknya, Mohsin sanggup botakkan kepala.
Selepas enam tahun berkecimpung sebagai pelakon, Allahyarham memperluaskan langkahnya dengan menjadi produser pada 1994 menerusi syarikatnya, Imagine Pictures. Antara drama yang diterbitkan syarikatnya ialah Boneka, Aida Shada, Kita Bertemu Di Cameron Highlands, Keranda Buat Kekanda, Jauh (12 Episod) dan Pukul 2 Petang.
Pun begitu, Mohsin agak keberatan untuk mencuba bakat sebagai pengarah. Memetik katanya dalam satu temu bual, “Tidak guna jadi pengarah kalau sekadar mahu menambahkan bilangan pengarah tempatan sedangkan hasilnya tiada. Saya belum bersedia kerana banyak lagi ilmu yang perlu ditimba.”
Selain berlakon, Allahyarham juga dikenali sebagai pengacara berkaliber. Rancangan permainan, Roda Impian siaran Astro Ria menyerlahkan nama Mohsin sebagai pengacara apabila terpilih untuk memimpin program itu menggantikan Halim Othman.
Mohsin menyertai Roda Impian pada 2003 untuk musim ke lapan dan sehingga ini sudah merakamkan lebih 500 episod termasuk untuk musim ke-11.
Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan aktres dan produser, Tiara Jacquelina pada 11 September 1993 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hani Karmila. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila Mohsin dan Tiara berpisah pada 16 Februari 1998. Perceraian mereka disahkan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 Jun tahun yang sama.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home