Thursday, November 30, 2006

Kau Pergi Jua

Kau Pergi Jua
1:20 PM, 2006-Aug-3 .. 0 comments .. Link
Kita sebagai peminat merasa kehilangannya apatah lagi satu-satunya zuriat permata hati allahyarham Hani Mosin yang di tinggalkan tentulah lebih merasai kehilangan ayahnya. Ayah tempat bermanja dan bergurau senda kini tiada lagi. Walaupun ada seorang lagi yang bergelar ayah namun manakan sama dengan ayah sendiri kerana bagiku ayah di dan ibu di dunia ini hanya satu. Datanglah walau seribu pengantinya manakan sama dengan ayah kandung sendiri. Tak dapat ku bayangkan bagaimanakah perasaan Hani Karmila. Ya walau pada zahirnya tersenyum tetapi dalam hati siapa yang tahu. hanya dirinya sahaja yang mengerti. Namun bagiku kalau kita bersedih banyak-banyak pun tak boleh juga kerana yang pergi tidak akan kembali lagi. Redhalah pemergiaannya dengan iringan doa semoga rohnya di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Amin.

Sabda Rasulullah~ apabila matinya anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu, sedekah jariah, atau ilmu yang dapat di menafaatkan atau anak soleh yang selalu mendoakannya.

Kenangan abadi
Image Hosting by PictureTrail.com

Pada zahirnya nampak gembira tetapi pada hakikatnya kesepian.
Image Hosting by PictureTrail.com

Senyum dan tawamu meruntun jiwa.
Image Hosting by PictureTrail.com

Sabarlah sayang. sedihnyaaaa. (tapi yang tak bestnya ada gambar pompuan seksi dari majalah rapi ishh nak buat macam mana sebab amek kat harian metro jer.)
Image Hosting by PictureTrail.com

Rasanya lagu ini sesuai ku tujukan khas buat Hani Karmila untuk allahyarham ayahnya. Kasih seorang anak kepada ayahnya yang tercinta..........Tapi lagu ini seperti dari jejaka untuk si gadis tapi tak pa lah yaa hanya sekadar lagu.

Kau Pergi Jua Adam Ahmad.

Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...


Pengakuan kekasih Hani Mohsin
Oleh Zubir Mohd Yunus

KETIKA menerima perkhabaran mengenai pemergian pelakon Hani Mohsin ke rahmatullah daripada teman dari Astro Ria, Zubir berada di Jakarta, Indonesia.

Bagaikan bermimpi apabila menerima puluhan kiriman SMS daripada artis dan karyawan filem Malaysia selepas jam 12 tengah hari yang memaklumkan kepada Zubir, Mohsin sudah tidak ada lagi apabila pengsan akibat diserang sakit jantung di LCCT.

Tidak lama selepas itu, Zubir menerima panggilan telefon daripada seorang rakan artis yang menangis terisak-isak meratapi kematian Mohsin.

Zubir hairan kenapa dia begitu sedih kerana dia pelakon remaja yang baru berada dalam industri lakonan ini.

Selepas ditanya berulang kali, barulah dia mengakui sudah beberapa bulan menjalin hubungan cinta dengan Mohsin.

Zubir terkejut juga kerana pelakon itu agak rapat dengan Zubir tetapi merahsiakannya selama ini.

"Maafkan saya Abang Zubir kerana tidak berterus terang dengan sebelum ini. Sebenarnya saya malu untuk memberitahu Abang Zubir mengenai perkara ini kerana risau percintaan kami terputus di tengah jalan. Kini, jelas segala-galanya sudah berakhir.

"Tapi, hari ini saya redha. Paling terkilan apabila arwah ingin menghadiahkan saya kain yang dibelinya dari Terengganu, tapi belum sempat dia menyerahkan kain itu, dia sudah pergi selama-lamanya," kata pelakon itu.

Zubir minta maaf kerana tidak dapat menyatakan nama kekasih Mohsin itu demi menghormati permintaannya.

Selain itu, pelakon berkenaan memberitahu Zubir, dia sempat menziarahi arwah sebelum dikebumikan walaupun pada hari kematian Mohsin, dia berada di Johor Bahru atas urusan peribadi.

"Saya pun dah makin rapat dengan anak arwah, Hani Karmila.

Alhamdulillah, sebaik sampai dari Johor, saya terus ke rumah arwah dan mendapatkan Karmila. Saya sempat menatap wajah arwah buat kali terakhirnya," kata pelakon itu yang ketika ini sedang membintangi drama bersiri popular di TV3.

Ketika Zubir dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri (APSH), dua minggu lalu, dua kali Zubir terserempak dengan Mohsin di deretan kedai makan di Ampang Point dan dia sempat bergurau dengan Zubir.

"Zubir, kau lari dari hospital ya, curi makan kat luar!," rupa-rupanya itu adalah gurauan terakhir daripadanya.

Zubir bersama warga kerja Bintang Popular mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

Batik Terengganu hadiah terakhir~Serina Tu Bukan Kekasih Terakhir Allahyarham Hani Mohsin???
Oleh Zubir Mohd Yunus | Foto Tun Izhar Tun Ishak

GARA-GARA tersiarnya gosip dalam Bintang Popular minggu lalu, ramai tertanya-tanya siapakah artis baru yang dikatakan menjadi kekasih terakhir Allahyarham Hani Mohsin

BUKAN mudah memujuk Rabecca Nur membuka mulutnya bercerita mengenai pengalaman serta saat manisnya bersama Allahyarham Hani Mohsin, dua minggu sebelum beliau meninggal dunia. Rabecca seorang gadis yang kuat menyimpan rahsia terutama kisah yang membabitkan hal peribadinya.

Penulis sendiri tidak tahu selama ini Rabecca rupanya menjalin perhubungan akrab dengan Mohsin sehinggalah mendapat panggilan daripadanya pada hari Allahyarham meninggal dunia. Rabecca membuat pengakuan hasratnya menyemai benih cinta bersama Mohsin akhirnya tidak kesampaian.

Rabecca memberitahu, dia mengenali Mohsin beberapa bulan lalu, namun hubungan mereka semakin serius sejak dua bulan kebelakangan. Pada awal perkenalan mereka, Rabecca dan Mohsin sering terserempak di sekitar Ampang Point, Kuala Lumpur, namun ketika itu Mohsin hanya memerhatikan Rabeca dari jauh saja.

Sehinggalah suatu hari ketika Rabecca bersama keluarganya yang baru selesai menonton wayang di KLCC, mereka terserempak pula dengan Mohsin bersama puteri kesayangannya, Hani Karmila, 9.

�Karmila menghampiri saya dan memberitahu, papanya (Mohsin) hendak berjumpa dengan saya. Akhirnya, Abang Mohsin secara gentleman datang menemui saya walaupun ketika itu saya bersama keluarga. Kami bertukar-tukar nombor telefon dan mulai saat itu kami berkawan baik.

�Dari kawan biasa, hubungan kami akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta.

Tapi, Abang Mohsin pernah menyuarakan hasratnya kepada saya, jika inginkan hubungan kami berterusan, dia tidak suka saya bergiat aktif dalam bidang seni dan lebih senang jika saya meneruskan perniagaan keluarga iaitu insurans.

�Justeru, saya berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan hubungan kami atau memilih bidang seni. Sebab itu, saya merahsiakan perhubungan kami termasuklah kepada teman rapat, yang tahu saya berkawan dengan Abang Mohsin hanyalah mama saya.

�Tapi, belum sempat saya memberikan jawapan kapada Abang Mohsin, dia sudah pergi selama-lamanya,� kata Rabecca yang ketika menerima berita sedih itu dia berada di Johor Bahru atas urusan keluarga.

Sebaik menerima berita kematian Mohsin, Rabecca pengsan kira-kira 20 minit dan apabila tersedar, dia mengambil pesawat kembali ke Kuala Lumpur.

Menceritakan perubahan yang berlaku pada diri arwah dua minggu sebelum kematiannya, Rabecca memberitahu, sejak kebelakangan mereka bertemu, arwah pasti menghadiahkannya bunga atau cokelat.

�Arwah berhasrat menghadiahkan saya dua helai kain batik yang dibelinya dari Terengganu. Tapi, saya terlupa membawa balik kain itu kerana tertinggal di dalam kereta arwah. Namun, atas pertolongan bekas isteri arwah, Datin Seri Tiara, kain berkenaan sudah saya perolehi.

�Dalam satu insiden lain, arwah pernah menekan brek kereta secara mengejut kerana hampir terlanggar lori di depan kami. Dengan spontan Abang Mohsin kata, `Ya Allah, nasib baik kita tak pergi sama-sama!' Saya terkejut kenapa arwah cakap begitu.

�Apabila sampai di rumah, lazimnya arwah akan menghantar saya di depan pintu, tapi hari itu dia mengadu dia penat dan minta saya naik ke rumah sendiri. Tapi, akhirnya arwah naik juga ke rumah saya. Selepas bersalaman dengannya, tiba-tiba arwah memanggil saya untuk bersalam lagi, katanya salam terakhir.

�Rupa-rupanya itulah salam terakhir saya bersama arwah. Malah Abang Mohsin pernah memberitahu saya, kalau dia mati, biarlah di sisi Karmila...� katanya yang mengakui Tiara mengetahui hubungannya dengan Mohsin apabila Karmila sering menceritakan perihal dirinya kepada Tiara.

Rabecca juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tiara kerana di atas pertolongannya, dia sempat menatap wajah Mohsin sebelum dikebumikan. Salah satu SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) Tiara kepada Rabecca: �Thank you for making him (Mohsin) happy. Rabecca, at least he had some happy moment.�

INFO RABECCA

1 - Nama penuhnya ialah Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 21, dilahirkan pada 30 April 1986 dan berasal dari Majidee, Johor Bahru.

2 - Gadis berbintang Tauras yang juga anak ketujuh dari lapan beradik ini berdarah campuran Arab dan Cina di sebelah ayahnya manakala Johor dan Indonesia di sebelah ibunya.

3 - Mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Majidee Baru, Johor Bahru.

4 - Memulakan langkah dalam bidang seni di pentas teater. Antara teater yang pernah dijayakannya di peringkat sekolah ialah Anum dan Di Mana Bumi Dipijak. Pernah memasuki kelas teater di bawah naungan Warisan Johor.

5 - Ketika menjadi penyeri muka depan majalah Remaja terbitan Jun 2005, Rabecca dilamar Skop Productions untuk membintangi drama bersiri kepolisan, Gerak Khas dan memegang watak sebagai Detektif Salina menggantikan tempat Elly Mazlein. Dia bersama Gerak Khas kira-kira lima bulan sebelum mengundurkan diri kerana masalah tonsil.

6 - Menyertai Dewi Remaja 2006, sekali gus dinobatkan sebagai Miss Favourite, Miss Rafflesia Paling Glamour, Miss Catwalk, Miss Aura Seri Songket dan Miss Top 5 De' Wajah.

7 - Selepas memenangi gelaran berkenaan, Rabecca mendapat tawaran sebagai pengacara TV rancangan rancangan Sihat Jelita sebanyak 13 episod menerusi RTM2.

8 - Masih menjalani penggambaran drama bersiri slot Lestary TV3, Dua Hati yang kini sudah pun disiarkan setiap Selasa jam 9 hingga 10 malam. Pelakon lain ialah Linda Rafar, Zuliana Ab Aziz, Iqram Dinzly, Fizz Fairuz dan Linda Hashim..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home