Wednesday, January 03, 2007

Catatan Perjalanan ke Pusara Mohsin

Gambar ini dirakam pada Syawal yang lepas. Saya mulanya malu nak paste gambar tu di sini tetapi demi blog kesayangan dan idola saya maka saya mengambil keputusan mengabdikanya sebagai kenang-kenangan. Semoga
acara menziarahi pusara Allahyarham menjadi acara tahunan saya sebagaimana saya menziarahi pusara nenda dan adinda-adinda saya di dua lokasi berasingan, disamping sedekah Al-Fatihah dan 3 Kul setiap hari selepas Solat sekiranya tidak uzur bukan sahaja buat Arwah-Arwah yang saya ingati bahkan juga buat Allahyarham Mohsin yang masuk dalam senarai tersebut. Moga saya diberi kesempatan mensedekahkan Tahlil Arwah dan bacaan Yasin buat Arwah-Arwah yang saya kasihi setiap malam Jumaat sebagaimana ketika awal pemergian
Allahyarham Mohsin dan adinda Arman adinda kesayangan saya.Walaupun saya melalui beberapa peristiwa aneh dan bermimpi arwah beberapa kali sebagaimana saya lalui ketika pemergian arwah adinda kesayangan saya dahulu. Saya akan ingati kemanisannya dan bersyukur kerana diketemukan dan dapat berineteraksi di dalam mimpi.

Catatan perjalanan ke pusara Allahyarham Mohsin

3 Syawal 1427 Hijrah (26 Oct, 2006)

Akak bangun jam 6:30 pagi. Buat rutin macam biasa. Hari ni akak breakfast dgn cucur ikan bilis. Akak hantaq pi rumah Kak Lang. Akak pun ajak depa pi rumah Cik Non (adik perempuan Bongsu akak - Mama Haris). Tiba-tiba terfikir nak ziarah pusara Allahyarham Hani Mohsin akak pun ajak sekali Pak Ucu (adik bongsu akak) yg sedikit sebanyak tahu jugalah selok belok Ampang/ Hulu Klang. Jadiknya pukul 12:20 kamipun bertolak, perjalanan kamipun bermula menuju ke destinasi - Kg Pasir. Lebih tepat lagi ke Tanah Perkuburan Hulu Klang, Pusara Hani Mohsin. Dah cantik.. dah kami melalui Kg Pasir dah lalu dah Masjid Al -Ridzuan tapi sebab tak berapa confident jadinya akakpun tanyalah dgn org seberang yg ada berniaga dibahu jln. Diapun bagi petunjuk akak jln terus, ada sign board Ampang masuk kiri, akak jumpa Asrama Anak Yatim Hulu Klang (dia kata sekolah budak2 - Kuburan tu kat situlah katanya..) Akak pun ikutlah petua tu ... adik nak tau satu kuburan pun enggak ada disitu. Dah pusing2 kat ceruk rantau tu yg ada cuma jln mati. Akak tanya lagi dekat cikgu asrama tu. Cikgu tu dah tunjuk betul, kamu kena buat U turn dekat bawah flyover, lepas tu jln terus, belok kiri, Lepas tu nampak Masjid Al-Ridzuan masuk dlm sikit nanti jumpalah tanah perkuburan. Kami punyalah pandai bukan pi Masjid Al-Ridzuan tapi pusing keliling Masjid Al-Khariah. Sebenarnya akak tak perasan Masjid Al-Ridzuan tu. Lepas tu pusing keliling lagi ke taman perumahan. Jumpa pulak seorg jaga sekolah pi tanya kat Pokcik tu dia bagi petunjuk yg akak rasa tak boleh pakai langsung siap bagi pelan lagi alih-alih bila akak tanya jln yg Pokcik tunjuk ni tuju ke mana. Dia kata Jln Jelatek. Ape ke mendenya???. Akak berhenti sebab nampak adik cuci motor jadi akak pun tanyalah kak adik tu, itupun dia tak berapa confident. Bila akak sebut Masjid Al-Ridzuan kat mana barulah di tunjuk kat luar ada simpang masuk kiri, tanah perkuburan dekat2 situlah. Kenapa dia org tak sebut Tanah perkuburan itu berada di dlm kawasan Masjid tu jugak. Ayoyo bikin gua manyak susah lo. At last lepas Zohor, sampai jugak hajat akak nak ziarah pusara Alllahyarham Hani Mohsin. Cantik pusaranya, marmar putih bertinta emas, bertulis nama, tarikh dan masa pemergiannya.Akak cuba cari pusara bondanya tapi tidak berjumpa.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Bin Mohd Hanafi dan juga Alllayarhamah Hasni Binti Bakar. Amin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home