Thursday, November 30, 2006

Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu
9:50 PM, 2006-Aug-20 .. 0 comments .. Link

Bukan kerana Allahyarham Hani Mohsin telah kembali kerahmatullah. maka aku terus menerus mengabadikan gambar-gambar Allahyarham Hani Mohsin. Ini kerana aku meminatinya dari dulu lagi....pada aku Allahyarham Hani Mohsin terlalu istimewa...bukana kerana Allahyarham Hani hensem atau apa tapi kerana minat aku.......


Walau apa pun aku sentiasa mendoakan kesejahteraan rohnya di sisi ALLAH s.w.t....damailah dikau di sana wahai Allahyarham Hani Mohsin. Kata orang patah tumbuh hilang berganti tetapi padaku yang datang tak kan sama dengan yang telah pergi. Namun sebagai orang islam kita harus menerima dan redha dengan ketentuan ALLAH s.w.t..setiap yang bernyawa akan merasai mati........


Saat bahagia ketika menyambut birthdaynya yang ke 41 18 Jun 2006. Betapa mesranya hubungan Hani Mohsin dan Hani Karmila satu-satunya zuriat yang di tinggalkannya sayu hatiku bila melihat kemesraan mereka. Kini hanya tinggal kenangan.

Image Hosting by PictureTrail.com

Bersama Datin Seri Tiara yang sentiasa memahamimu walaupun sudah berpisah....

Image Hosting by PictureTrail.com

Pembaringan terakhirmu sebelum di semadikan di bawa ke persinggahan terakhirmu di alam barzakh yang kekal abadi untuk selama-lamanya..lenamu seperti terlena yang panjang...dirimu tetap hensem hingga ke akhir hayat.....sedihnya aku...

Image Hosting by PictureTrail.com

KEHILANGAN aktor Hani Mohsin terus dirasai. Namun, sebagai bekas
isterinya, Datin Seri Tiara Jacquelina mempunyai ceritanya sendiri. Kepada wartawan
Eksekutif Metro Ahad, ABIE ABDULLAH, wanita ini membuka kata dengan
sebuah puisi tulisan Alfred Lord Tennison.
'I sing to him that rests below,
And, since the grasses round me wave,
I take the grasses of the grave,
And make them pipes whereon to blow.'

? Petikan sajak 'In Memoriam AHH' nukilan Alfred Lord Tennison
"KINI saya kehilangan seorang sahabat, perginya lelaki budiman, ayah
penyayang dan kawan setia.

Hani Mohsin, manusia yang dibesarkan dengan sifat insani. Dia antara
mereka yang pernah singgah di dalam perjalanan hidup saya. Sesiapapun yang
mengenali Mohsin akan mengingati senyumnya, jenakanya, keperibadiannya,
rendah diri, ketegasan dan dedikasinya terhadap tugas.

Dia cukup menghargai nilai persahabatan. Tidak hairan lebih 2,000 orang
hadir memberi penghormatan terakhir kepadanya. Sesetengah kita pun tidak
pernah bertemu dengan manusia seramai itu sepanjang hidup.

Pastinya mereka yang menyayanginya, menziarahinya pada Selasa lalu dan
tiga malam selepas itu, menyaksikan betapa Mohsin sahabat yang ikhlas dan
jujur. Sentiasa bersedia membantu, mendengar masalah, malah dia juga bijak
menceriakan suasana.

Saya bertuah pernah bersama lelaki mulia ini, mewarnai hidup saya
sebelum ini. Dia juga yang membuka pintu hati ini mengenali Islam pada 1993 dan
sehingga kini saya bernaung di bawah agama suci ini. Terima kasih
Mohsin.

Lima tahun hidup sebumbung, Tuhan mengurniakan kami Hani Karmila (Mila).
Bukti cinta kami ketika itu. Namun jodoh kami tidak panjang. Saya temui
jalan baru hidup bersama lelaki lain yang tinggi budi pekertinya.

Pun begitu, Mohsin dan saya tetap rapat, terutama demi Mila. Kami sering
berbincang mengenai penjagaan dan membesarkan Mila.

Mila beruntung! Kiri kanan kasih sayang dicurah kepadanya. Dia mendapat
perhatian bagaikan menatang minyak yang penuh daripada kedua-dua
keluarganya. Padanya, Mohsin, Effendi, adiknya Eridani dan saya bagai
satu keluarga besar.

Mila sering bercerita betapa bertuahnya dia berbanding rakan lain kerana
mempunyai dua bapa. Seorang dipanggil Daddy, Mohsin dipanggilnya Ayah.
Malah, Dani juga memanggil Mohsin, Ayah.

Kami banyak berkongsi kenangan, daripada hari jadi, produksi sekolah
hinggalah majlis penyampaian hadiah, termasuk 12 Julai lalu, Mila
menerima anugerah Russell Arts kerana pencapaiannya dalam Seni. Detik itu cukup
membanggakan kami.

Memori yang tidak akan saya lupakan ialah kejutan Mila untuk hari jadi
ayahnya ke-41 pada 18 Jun lalu. Kami bincang untuk membeli sebiji kek
kosong bulat dan 'Picasso cilik' kami ada idea sendiri untuk
menghiasinya.

Tahu apa yang dilakarnya di atas kek itu? Dia melukis Roda Impian,
program yang dihoskan Mohsin! Mila turut mengajak Effendi dan Eridani, dibawa
kek itu menghampiri Mohsin. Memang Mohsin terkejut dan detik itu juga
membuatkan Mohsin menangis. Tidak disangka, kenangan itu kenangan
terakhir kami. Melihat Mila mengingatkan saya kepada Mohsin. Tulang pipinya sebiji
seperti ayahnya. Begitu juga bentuk fizikal. Namun, bukan sekadar itu kerana
Mila diberi kekuatan minda dan semangat ayahnya.

Apa yang Mila seronok sangat ketika di rumah ayahnya? Pelbagai aktiviti
dilakukan bersama ? berkebun, mengecat, menghias rumah dan macam-macam
lagi. Mohsin jenis orang yang suka duduk di rumah, melakukan kerja
sendirian daripada memasak, membasuh hingga mendekorasi perabot. Ramai
yang hadir menziarah hari itu tidak percaya yang rumah kemas dan bersih itu
dilakukan oleh arwah. Mila juga gemarkan masakan Mohsin. Selera mereka sama, sukakan masakan
kampung. Ringkas saja masakannya tetapi sedap seperti sambal tumis,
terung bakar bersambal, ayam masak merah dan beberapa lagi masakan Utara.
Bagi Mohsin, Mila adalah cahaya hidupnya. Lebih-lebih lagi selepas
pemergian ibunya dua tahun lalu dan bapanya pada 1994. Mohsin pula anak
tunggal! Ia cukup menyentuh hati saya melihat dia mengebumikan jenazah
ayahnya, kemudian ibunya dan sekarang saya melalui satu lagi situasi
memilukan.

Effendi menyifatkan Mohsin sebagai lelaki tulus. Bijak membawa diri
dengan penuh adab, kita tidak dapat lari daripada menyukainya.
Mohsin dan saya kekal sebagai kawan baik dan rakan seperjuangan, hari
ini pun kami masih berkongsi dua tingkat pejabat di Ampang Point. Menjalani
latihan Muzikal Puteri Gunung Ledang yang akan dipentaskan minggu depan
membuatkan kami sering terserempak dan berbincang soal kerja.

Sebagai pelakon dan penerbit, dia selalu menyokong karier saya, membakar
semangat saya apabila ia berkurangan. Dia akan SMS saya, memberi galakan
dan memuji saya setiap kali melihat saya di TV atau pentas.
Pernah dia memberitahu saya, 'jangan mudah mengalah, tiada siapa di
dalam industri ini yang mampu membuat perubahan seperti kamu. Tutup saja
telinga terhadap suara sumbang dan cuba pecahkan tembok tegar itu. Kita lakukan
ini bukan kerana pujian semata-mata'.
Pada 17 Julai 2003, dia dianugerahkan gelaran PMP (Pingat Mahkota
Perlis) daripada Yang di-Pertuan Agong kerana kecemerlangannya di dalam
industri. Kini kita kehilangannya. Sebutir antara ribuan bintang di angkasa hilang
cahayanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah!"

Penyanyi Asal : Uji Rashid

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...


~Cahaya~

0 Comments:

Post a Comment

<< Home