Monday, December 25, 2006

Datin Sri Tiara Jacquelina

Tiara Jacquelina

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jump to: navigation, search
Tiara Jacquelina
Tiara Jacquelina

Tiara Jacquelina Abdullah (born 3 October 1967 as Jacqueline Eu) is a Malaysian actress of Burmese Chinese father and Indonesian Chinese mother. She rose to fame in "Puteri Gunung Ledang", the biggest budget movie in Malaysia to date, in which she played the lead role, and sang the theme song, "Asmaradana". The movie was No. 49 on the short-list of the Best Foreign Film Category at the Academy Awards in 2004. Following the success of the movie, Tiara moved on to translate it on to the stage with the successful Puteri Gunung Ledang: The Musical.

Tiara has also co-acted with Academy Award winner, Frances McDormand, who played the lead role in the movie, Beyond Rangoon (1995). In the 12th Malaysia Film Festival that year, she won the best actress award in the movie, "Ringgit Kasorrga", a social drama concerning a sex scandal involving a politician and young models. She was named Choice Actress at the Fourth Oskar Awards, organized by the Film Workers Association of Malaysia in 2005.

Tiara, holds the Malaysian honorific title Datin Seri, has been involved in the arts at a very early stage. While at school, she was part of the Theatre Society, the Literary Society, and was the President of the Film Society. She enjoys horse-riding as a form of relaxation with her family, good food, and painting. Tiara is the mother of two children, Hani Karmila (9) and Mohd Eridani (6).

Her husband is Dato' Seri Mohd Effendi Norwawi, a senator and Minister in the Prime Minister's Department in Malaysia. She converted to Islam and was previously married to actor, celebrity and host of Wheel of Fortune's Malaysia Roda Impian Hani Mohsin Hanafi (who passed away suddenly on 25 July 2006).

Thursday, December 21, 2006

Peminat Setia Mohsin

Pemilik blog ini yg juga peminat setia HM. Akan cuba membangunkan sebuah blog khas buat Allahyarham. InsyaAllah.

Keratan akhbar dan artikel yang saya simpan masih belum dapat di edit dan di post ke blog ini disebabkan kesuntukan masa. Terdapat juga gambar-gambar allahyarham yang tiada di internet ada dimuatkan di dalam majalah keluaran tempatan yang menjadi simpanan saya setakat ini.

Kepada sesiapa yang mempunyai VCD drama/filem lakonan allahyarham atau rakaman program Jalan Bersama Mohsin yang sering keudara di RTM 1 setiap Khamis, Jam 12:30 tgh - 1:00, jika tidak keberatan harap dapat berkongsi dengan saya. Saya tidak mempunyai kemudahan Perakam VCD atau kamera digital (kokak betulkan) tapi kepada sesiapa yg mampu melakukannya dan sudi berkongsi, penat lelah merakam dan menyimpan khazanah berharga ini akan dibayar setimpal dgn khazanah tersebut. Untuk pengetahuan saya bukan pelanggan Astro sebab bagi saya rugi melanggan kalau dlm rumah cuma ada 2 org penghuni kekal, bonda dan saya sahaja. Kekadang Berita Perdanapun miss tengok. Lihatlah betapa sibuknya kami.

Kalau Astro dan RTM dpt menjual rakaman berbentuk VCD produk-produk terbitan mereka seperti Roda Impian dan Jalan Bersama Mohsin, seperti yg dilakukan oleh RTM sekarang ini bagi Konsert Irama Asli ??? betul ke ??? kalau kurang tepat minta maaf. kan ke bagus. tentu ramai yang ingin memilikinya.

Apapun semoga impian saya untuk mengupdate blog kesayangan ini akan terlaksana juga akhirnya. InsyaAllah.

Watak Lakonan Mohsin

Hani Mohsin Hanafi
Hani Mohsin Hanafi

Actor - filmography

Watak yang dibawa Mohsin dalam filem-filem terbitan era 1990an - 2000.

(2000s) (1990s)

  1. Embun (2002) ....Bayu
  2. Spinning Gasing (2000) .... Azri
  3. Merah (1997) .... Salleh
  4. Scoop (1996) .... Shah Ikhwan
  5. Beyond Rangoon (1995) .... Young Monk/Soldier
  6. Ringgit Kasorrga (1995)
  7. Jimi Asmara (1995) .... Jimi Asmara

Sunday, December 17, 2006

Kemesraan seorang bapa dan anak

Lihatlah betapa mesranya layanan allahyarham
Mohsin terhadap satu-satunya permata hatinya
Hani Karmila. Semoga Hani Karmila sentiasa
mengingati saat manis ini dan sentiasa
mensedekahkan Al-Fatihah buat ayahanda
tercinta.

Thursday, December 14, 2006

Dalam Kenangan

[ 18 June 1965 - 25 July 2006 ]

[Gambar diCilok dari thestar.com.my]

Secara peribadi saya pernah terserempak dengan Allayarham sekali pada penghujung tahun 2005 di Bukit Jalil,ketika Syarikatnya mengendalikan satu pameran,Beliau memang murah dengan senyuman manis, mungkin kerana selalu 'bersedekah'(dengan senyuman),Allah menjemputnya dengan dengan wajah berseri-seri ketika dikebumikan.


Itulah kali terakhir ku lihat wajahmu.....uwaaaaaa



Filem-filem lakonan Hani
Jimi Asmara (1995)
Ringgit Kasorrga (1995)
Beyond Rangoon (1995)
Scoop (1996)
Merah (1997)
Spinning Gasing(2000)
Embun (2002)



:: HANI KARMILA ::

[ Gambar di cilok dari Harian Metro]

Meruntun hati saya melihatkan gambar ini, Buat adik karmila bersabarlah banyak-banyak dan kirimlah Al-Fatihah banyak-banyak buat Allahyarham Hani Mohsin kerana andalah satu-satunya zuriat yang bakal mengirimkan doa dan pahala atau pun siksaan api neraka buat bapa anda yang sedang bersemadi di Alam Barzah
AL-FATIHAH

Artikel dari http://terataburukzam.blogspot.com





Projek Pertama
Saya mempunyai satu perancangan untuk membuat satu blog khusus yang meletakkan keratan akhbar berkaitan Allahyarham Hani Mohsin (berita semasa beliau hidup atau selepas 'pemerginya') sebagai rujukan kepada peminat-peminat beliau. Saya sedang dalam usaha mengumpulkan material untuk blog tersebut.Jika anda ingin menyumbang (artikel @gambar). Amatlah dialu-alukan.

Friday, December 01, 2006

Hari-hari terakhir Hani Mohsin

Edisi Nasional: Rebah depan anak

PUTRAJAYA: Pelakon dan pengacara terkemuka, Hani Mohsin Hanafi, 41, yang meninggal dunia dipercayai diserang sakit jantung, sempat memegang pas pelepasan masuk sebelum tiba-tiba rebah dan pengsan di hadapan kaunter 30, AirAsia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, dekat sini, pagi semalam.

Allahyarham yang menyedari terlewat untuk mendaftar masuk bagi menaiki pesawat AK6343 ke Alor Star, dilihat berlari ke arah kaunter bersama anak perempuan tunggalnya, Hani Karmila, 10 tahun.

Penerbangan itu dijadualkan berlepas pada jam 10.20 pagi.

Dengan hanya membawa beg galas, Allahyarham difahamkan mahu bercuti di Langkawi bersama anaknya yang bersekolah di Sekolah Antarabangsa Alice Smith.

Pembantu Peribadi kepada Pengerusi AirAsia Bhd dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Edd Razhe, berkata Allahyarham adalah penumpang terakhir mendaftar masuk untuk berlepas dan ketika tiba di kaunter itu, wajahnya kelihatan kebiruan.

Beliau berkata, kakitangan kaunter 30, Nickhlos Loh Yuen Chuan, memaklumkan, Allahyarham berlari ke kaunter kerana menyedari terlewat untuk menaiki pesawat.

“Mukanya kelihatan kebiruan setibanya di kaunter 30 dan tiba-tiba beliau terus rebah di hadapan anak perempuannya menyebabkan kakitangan yang bertugas terkejut.

“Suasana di sekitar LCCT bertukar kecoh dan menyebabkan beberapa penumpang kelihatan panik. Ada yang menghampiri untuk menyaksikan kakitangan AirAsia dan Malaysia Airports Berhad (MAB) cuba memberi bantuan kecemasan kepada Allahyarham,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Kakitangan AirAsia itu adalah Mohd Aliff Abdullah, turut memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.

Namun usaha itu gagal lalu Allahyarham dibawa ke Pusat Perubatan Pusrawi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhampiran terminal kargo kira-kira satu kilometer dari LCCT.

Beliau berkata, kematian mengejut itu pertama kali berlaku sejak LCCT dibuka secara rasmi pada 23 Mac lalu.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham bagi pihak AirAsia.

Jurucakap Balai Polis KLIA ketika dihubungi mengesahkan mereka menerima panggilan telefon daripada kakitangan pusat operasi lapangan terbang itu pada jam 10.40 pagi.

Katanya, selepas menerima laporan itu, beberapa anggota polis terus berkejar ke LCCT dengan diketuai Ketua Polis Balai KLIA, Sarjan Mejar K Veerusingam.

Sementara itu, bekas isteri Hani Mohsin, Datin Seri Tiara Jacquelina yang ditemui di Hospital Serdang, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada Hani Karmila kira-kira jam 10 pagi yang memaklumkan bapanya pengsan.

“Selepas menerima panggilan telefon daripada Mila, saya yang ketika itu berada di rumah terus berkejar ke KLIA dan tiba di Pusrawi pada jam 10.30 pagi.

“Doktor memaklumkan Allahyarham meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusrawi,” katanya yang tiba di Hospital Serdang kira-kira jam 1 tengah hari dengan ditemani suaminya, Datuk Seri Effendi Norwawi yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Suasana sedih menyelubungi bilik kecemasan Hospital Serdang sebaik saja jenazah Allahyarham tiba dengan ambulans.

Bertambah sebak apabila Hani Karmila yang berbaju kemeja-T kuning dan berseluar jeans tidak henti-henti menitiskan air mata sambil ditenteramkan ibunya, Tiara dan Effendi.

Tiara menyifatkan Hani Mohsin sebagai seorang yang penyayang, terutama kepada satu-satunya anak mereka itu.

Menurutnya, Allahyarham tidak pernah memberitahunya menghidap penyakit jantung.

“Setiausahanya, memberitahu saya, Allahyarham baru menjalani pemeriksaan di klinik, kelmarin akibat batuk dan selesema.

“Tetapi, dia tidak memaklumkan kepada sesiapa, termasuk saya, bahawa beliau mempunyai penyakit jantung, tapi ayahnya meninggal dunia akibat sakit jantung pada 1995,” katanya.


Edisi Nasional: Cium ayah penuh harap
Oleh Badrila Jamlus, Ellyna Ali, Norhayati Nordin dan Rashidi Karim

KUALA LUMPUR: “Berkali-kali saya cium pipi ayah dengan harapan dia akan bangun dan sedar. Namun, bila melihat ayah sudah tidak bernafas dan tidak bergerak lagi, barulah saya sedar ayah sudah tiada dan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.

“Hanya Tuhan saja tahu betapa sedih dan hibanya perasaan saya. Pada masa itu, saya juga terfikir, kenapa semua ini mesti terjadi pada diri saya, sedangkan kami berdua sedang dalam perjalanan untuk bercuti di Pulau Langkawi bersama,” luah Hani Karmila, 10, ketika ditemui selepas pengebumian Allahyarham bapanya, Hani Mohsin, di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, malam tadi.

Karmila bersekolah di Sekolah Antarabangsa Alice Smith, di sini, anak hasil perkahwinan Hani Mohsin dengan Datin Seri Tiara Jacquelina. Pasangan itu bercerai pada 1998. Tiara Jacquelina kemudian berkahwin dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi, manakala Hani terus membujang.

Kesedihan jelas tergambar di wajah anak tunggal pelakon dan pengacara terkenal itu yang meninggal dunia mengejut akibat serangan sakit jantung sewaktu mendaftar masuk di kaunter AirAsia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), untuk penerbangan ke Alor Star sebelum ke Pulau Langkawi, pagi semalam.

Masakan tidak, ayah kandung tercinta yang selama ini cukup rapat dengannya dan sentiasa membahagiakan dirinya dan mencurahkan kasih sayang cukup mendalam buat dirinya itu, mati mengejut di pangkuannya sendiri.

Karmila berkata, dia sungguh tidak menyangka kejadian yang menimpa dirinya semalam dan segala-galanya berlaku dengan begitu pantas.

“Pagi itu, saya dan ayah meninggalkan rumah dalam keadaan amat tergesa-gesa. Ayah juga mahu sampai cepat di lapangan terbang kerana bimbang ditinggalkan pesawat.

“Sebaik tiba di lapangan terbang, ayah terus bergegas ke kaunter daftar masuk. Beberapa petugas yang ada di situ cuba menenangkan ayah.

“Waktu itulah saya lihat ayah mengeluh panjang dan tidak lama selepas itu, dia rebah,” kata Karmila.

Menurut Karmila, awalnya dia fikir ayahnya hanya pengsan untuk seketika.

“Sepanjang yang saya tahu, dia tidak pernah sakit. Dia juga seperti doktor kerana tahu banyak perkara dan tahu bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah.

“Namun, di hati saya terasa risau dan panik juga. Saya cuba menghubungi ibu (Tiara Jaquelina) dan memberitahu keadaan ayah.

“Pada waktu sama, saya juga cuba mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu di lapangan terbang itu.

“Tidak lama selepas itu, seorang doktor datang memberikan suntikan buat ayah, mungkin untuk meredakan tekanannya, sebelum dibawah ke klinik Pusrawi, berhampiran lapangan terbang itu.

“Namun sewaktu dalam perjalanan iaitu kira-kira 10 minit selepas itu, ayah sudah tiada. Sekali lagi saya menghubungi ibu dan memberitahu perkara itu. Ibu terus bergegas datang (ke klinik Pusrawi),” katanya.

Karmila turut menyatakan rasa terkilan kerana tidak dapat menghabiskan percutian bersama ayahnya di Langkawi seperti dirancang.

“Sejak Mac lalu lagi, kami tidak pernah bercuti panjang bersama. Cuti yang diperuntukkan setakat dua tiga hari saja.

“Selebihnya, ayah sentiasa terlalu sibuk dengan tugas dan kerjayanya. Sebab itulah dia merancang percutian ke Langkawi ini bersama saya,” katanya dalam nada hiba.

“Selalu juga orang kata, Tuhan lebih sayangkan orang yang baik-baik sebab itu Dia mengambil nyawa ayah saya. Tuhan lebih sayangkan ayah dan ayah juga seorang manusia yang sangat baik,” katanya.

Walaupun bersedih, Karmila masih mempunyai tempat bermanja kerana dia masih mempunyai seorang lagi ayah (Effendi).


Edisi Nasional: Kakitangan AirAsia pantas cari doktor

PUTRAJAYA: Kakitangan AirAsia Bhd (AirAsia) mengambil inisiatif membuat pengumuman menerusi pembesar suara di Terminal Tambang Murah (LCCT) bagi mendapatkan bantuan mana-mana penumpang yang mempunyai kelayakan sebagai doktor ketika Allahyarham Hani Mohsin Hanafi rebah dan pengsan di hadapan kaunter AirAsia.

Hasil tindakan pantas itu, seorang doktor yang kebetulan menunggu penerbangan ke Kemboja tampil selepas kira-kira 10 minit untuk memberikan bantuan kecemasan kepada Allahyarham yang terbaring di lantai lapangan terbang itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Tony Fernandes, berkata kakitangan AirAsia turut memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut kepada Hani sebelum doktor tiba.


Edisi Nasional: Kempunan kari ketam, sambal sotong

KANGAR: Allahyarham Hani Mohsin, 41, meminta ibu saudaranya yang tinggal di sini memasak kari ketam dan sambal tumis sotong kegemarannya sebagai juadah makan tengah hari semalam.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila pelakon dan pengacara terkenal itu meninggal dunia selepas diserang sakit jantung di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika mendaftar masuk ke kaunter penerbangan ke Alor Star bersama anak tunggalnya, Hani Karmila, 10, kira-kira jam 9.30 pagi.

Ibu saudaranya, Hasnu Bakar, 60, berkata Hani menelefonnya malam kelmarin dan meminta dia memasak kari ketam dan sambal tumis sotong untuk makan tengah hari bersama keluarga di rumahnya di Taman Sena Indah, di sini.

“Saya meminta seorang peniaga di pasar menghantar ketam dan sotong untuk dimasak seperti yang dia minta malam tadi (kelmarin). Ketika membuat persiapan untuk memasak, saya diberitahu Hani meninggal dunia secara mengejut.

“Saya lemah dan sebak mendengar berita kematian Hani kerana baru malam tadi (kelmarin) saya berbual dengannya menerusi telefon. Allahyarham yang sudah tidak mempunyai ibu bapa, sangat rapat dengan saya.

“Dia beria-ria mahu pulang ke rumah ini bersama Hani Karmila untuk beristirahat di Langkawi memandangkan anak tunggalnya yang bersekolah di Bukit Antarabangsa sedang bercuti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Ketika ditemui, Hasnu bersama suaminya, Yaacob Samah, 66, dan anaknya Yahasmizan, 42, sedang bersiap untuk bertolak ke Kuala Lumpur bagi menziarahi jenazah Hani.

Hasnu berharap dia dapat menatap wajah Hani sebelum jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang.



Mahu bercuti dengan anak
Oleh Hartati Hassan Basri

PELAKON dan pengarah Hani Mohsin yang meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi semalam, bagaikan sudah tahu ‘pemergiannya’ apabila menyiapkan rakaman akhir Roda Impian musim ke-11 pada 21 Julai lalu, sebelum bercuti bersama anak tunggalnya, Hani Karmila, 10.

Penerbit Eksekutif Roda Impian, Adi Shamsul Abdul Hayee berkata, rakaman bagi 130 episod Roda Impian musim ke-11 dijalankan sejak Februari lalu dan selesai 21 Julai lalu.

Katanya, ia kini disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat menerusi Astro Ria, jam 7.30 malam dan dijangka berakhir penghujung bulan depan.

“Peminat Mohsin berpeluang menyaksikan kerja terakhirnya menerusi program game show itu kerana beliau menyiapkan rakaman episod akhir juara tahunan pada 21 Julai lalu.

“Kebetulan hari akhir itu saya tidak ada kerana terbabit dengan program Akademi Fantasia musim keempat (AF4) di Petaling Jaya.

“Dua hari sebelum itu, saya sempat makan tengah hari bersamanya sebelum rakaman dijalankan. Saya tidak nampak apa-apa perubahan padanya kerana dia biasa saja.

“Seperti biasa, dia rajin berbual. Saya juga tidak lupa berpesan kepadanya supaya tidak melakukan banyak kesilapan ketika rakaman nanti supaya ia berjalan dengan lancar dan selesai segera,” katanya, semalam.

Adi Shamsul berkata, dia sudah mengenali Mohsin sebelum dia menjadi pengacara Roda Impian lagi tetapi tidaklah begitu rapat.

“Bagi saya beliau seorang yang peramah dan terbuka kerana akan meminta komen saya mengenai prestasinya. Paling penting, dia tidak berkira. Dia juga rajin mengajak saya datang ke pejabatnya untuk melihat drama yang diterbitkannya,” katanya.

Mohsin atau nama sebenarnya, Hani Mohsin Mohd Hanafi, 41, mula mengendalikan program yang diadaptasi daripada Wheel of Fortune itu sejak musim kelapan pada 2003 menggantikan Halim Othman.

Ketika itu Mohsin berpasangan dengan pelakon Siti Shahrizah atau Eja sebagai pembuka kotak kemudian digandingkan pula dengan bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Nurlizawaty Mohd Ismail atau Liza, 25. Untuk musim terbaru ini, Mohsin digandingkan dengan pelakon baru, Irma Hasmie.

Irma ketika dihubungi mengakui terkejut apabila dimaklumkan Penerbit Roda Impian, Budi Utomo mengenai berita kematian Mohsin pagi semalam kerana ia berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, dia kini menjalani penggambaran filem Diva di Port Dickson, Negeri Sembilan dan tidak dapat bersama-sama rombongan Roda Impian menziarah jenazahnya.

“Itu yang saya terkilan sangat kerana tidak boleh meninggalkan lokasi.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya ialah ketika rakaman akhir Roda Impian pada 21 Julai lalu. Saya tidak nampak ada apa-apa perubahan padanya tetapi dia ada mengadu kurang sihat kerana sakit tekak.

“Katanya, dia tidak sedap badan tapi waktu sama mengatakan tidak sabar hendak bercuti dengan anaknya kerana sudah membeli tiket kapal terbang.

“Beliau juga selalu bercerita mengenai anaknya. Ada kalanya mengatakan hendak balik awal kerana mahu bermain dengan anaknya. Dia meluahkan rasa terkilan dan sedihnya kalau sibuk bekerja dan tidak dapat menghadiri konsert anaknya.

“Saya juga tidak sangka beliau ada penyakit jantung kerana setahu saya beliau begitu menjaga makan dan kesihatan dengan mengambil vitamin,” katanya.


Mimpi sedih Hani Karmila
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

AWAL pagi kelmarin, dua beranak itu begitu riang dalam perjalanan ke lapangan terbang apatah lagi hampir dua tahun mereka tidak bercuti bersama. Malam sebelumnya, mereka rancak bercerita, berkongsi keseronokan antara bapa dan anak.

Barangkali, apa yang bermain di fikiran Hani Karmila adalah keriangan untuk menghabiskan cuti selama seminggu bersama bapa kesayangannya, aktor Hani Mohsin selepas hampir dua minggu tidak bertemu disebabkan kesibukan lelaki itu.

Namun, keriangan yang diharapkan Karmila bertukar menjadi mimpi sedih apabila bapanya tiba-tiba rebah ketika mendaftar masuk di kaunter pelepasan sebelum berangkat ke Alor Star, Kedah untuk bercuti di Pulau Langkawi.

Saat mencemaskan itu masih bermain di fikiran anak kecil yang sedang belajar memahami erti sebuah kehidupan. Sangka Mila, bapanya cuma pengsan disebabkan penat bekerja memandangkan Mohsin begitu sibuk dihambat tugasan harian.

Apa saja yang termampu dilakukan kanak-kanak berusia 10 tahun itu? Dalam situasi mencemaskan itu, Mila cuba menggerakkan tubuh bapanya dengan mulut tidak berhenti berdoa agar Mohsin segera membuka mata.

Melihat bapanya yang kaku tanpa sebarang reaksi, mendorong Mila untuk menghubungi ibunya, aktres dan produser, Datin Seri Tiara Jacquelina bagi memaklumkan keadaan bapanya. Tangisan mula menemani anak kecil itu, mujur orang ramai yang berada di situ ringan menghulurkan bantuan.

“Kami tiba di lapangan terbang agak lewat kerana terlambat bangun tidur. Malam sebelum itu, kami berbual panjang dan ayah hanya sempat tidur dua jam kerana sibuk mengemas untuk ke Langkawi. Itulah ayah yang sentiasa menggembirakan hati saya setiap kali kami bersama.

“Di lapangan terbang, ayah meminta supaya saya cepat dan itulah perkataan terakhir daripadanya. Tiada pesanan akhir lain daripada ayah,” kata Karmila sebak, sambil ditenangkan ibunya ketika ditemui wartawan yang memberikan penghormatan terakhir di kediaman Mohsin di Hulu Klang.

Sikap arwah bapanya yang penyayang dan gemar berlawak kini hanya tinggal kenangan buat si kecil ini. Malah sehingga kini sikap bapanya yang rajin dan cerdik itu memang amat dikagumi.

“Ayah seorang lelaki dan bapa yang baik. Dia suka bagi saya hadiah dan buat kejutan setiap kali saya pulang ke rumahnya. Ayah suka berlawak untuk menggembirakan hati saya,” katanya.

Bekas isteri Allahyarham, Tiara Jacquelina ketika ditemui berkata, arwah sibuk sejak kebelakangan ini hingga jarang meluangkan masa bersama anak mereka. Oleh sebab itu, dia mencadangkan kepada arwah supaya membawa anak mereka bercuti.

“Sehari sebelum Mohsin meninggal, dia ada menghubungi saya malah suaranya kedengaran cukup gembira. Arwah kata dia sudah menempah tiket kapal terbang dan chalet untuk bawa Mila bercuti kerana mereka sudah lama tidak bercuti bersama.

“Saya sangat terkejut menerima berita dari Mila yang mengatakan bapanya pengsan. Saya tidak fikir sesuatu yang buruk tapi tidak sangka rupanya Mohsin sudah meninggal dunia.

“Bagi saya dia seorang lelaki yang baik dan sangat penyayang terutama terhadap anaknya. Kehilangan Mohsin adalah satu kehilangan yang cukup besar bukan saja kepada saya tetapi dunia hiburan kita,” katanya.

Arwah yang meninggal dunia disebabkan serangan jantung tidak pernah memberitahu Tiara mengenai sejarah penyakit jantung keluarganya. Dia hanya mengetahui mengenai penyakit itu melalui setiausaha Mohsin setelah aktor itu meninggal dunia.

Sepi seorang lelaki

SEHINGGA saat akhir pemergiannya, Mohsin sendirian. Sejak lapan tahun lalu, hidupnya kosong tanpa kehadiran seorang wanita bergelar isteri.

Di tambah pula sejak pemergian ibunya dua tahun lalu, hidupnya menjadi bertambah sunyi. Apatah lagi dia adalah anak tunggal. Setiap kali pulang ke rumah, dia merasakan hidupnya terlalu cukup kosong dan kerap kali dia menyatakan perasaan itu kepada teman rapatnya.

Namun, mereka tidak menyangka kata-kata itu membawa petanda bahawa dirinya tidak akan lama di dunia ini. Mohsin juga pernah berkata kepada beberapa temannya, tiada siapa mahukan dirinya memandangkan dia seorang duda dan hingga ke akhir hayatnya memang Mohsin bersendirian.

Teman-teman menyifatkan Mohsin sebagai seorang yang baik hati, tidak hairan di hari kematiannya teman-teman bertali arus menantikan ketibaan jenazah untuk memberikan penghormatan terakhir kepadanya. Keadaan di perkarangan rumahnya cukup sesak hingga tetamu yang datang menziarah terpaksa beratur untuk melihat Mohsin yang terbujur kaku di tengah ruang tamu.

Bagaimanapun, dia beruntung meskipun tiada saudara mara bekas isterinya serta suami sudi menguruskan jenazahnya hingga ke saat akhir.