Maaf Yang Terakhir Daripada Hani Mohsin
25 Julai, 2006 22:53 PM
Oleh Syed Azwan Syed Ali
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Dunia hiburan tempatan hari ini gempar dengan berita pemergian pelakon, penerbit dan hos program TV, Hani Mohsin yang meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang di sini.
Kematian Hani, 41, mengejutkan ramai pihak.
Berita kematiannya tersebar dengan cepat ekoran kemajuan teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS) sehingga ke benua Eropah, malah, Bernama menerima SMS dari seorang kenalan di United Kingdom yang ingin tahu akan kesahihan berita itu.
Bagi Presiden FDAM, Dr Mahadi J. Murat pemergian Hani Mohsin itu menjawab kelakuan aneh personaliti TV itu Isnin yang secara spontan memohon berbanyak maaf kepada beliau kerana tidak dapat menjadi pengacara bagi program anjuran persatuan itu akhir bulan ini.
Dilahirkan di Kangar, Perlis, pada 18 Jun 1965, Hani Mohsin, atau nama sebenarnya Hani Mohsin Mohd Hanafi merupakan seorang yang sentiasa komited kepada karier dan aktiviti yang disertai.
"Allahyarham memang seorang yang komited kepada persatuan. Beliau akan menelefon saya sekiranya beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan FDAM," kata Dr Mahadi kepada Bernama di sini.
"Cuma cara dia memohon maaf kerana tidak dapat jadi pengacara program dialog budaya anjuran FDAM Ahad ini agak pelik sikit. Saya tak sangka itu maafnya yang terakhir," katanya lagi. Hani adalah Exco Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) sejak Julai 2005.
Anak tunggal kepada pasangan Mohd Hanafi Mohd Yunus dan Hasni Bakar (kedua- dua ibu bapanya telah meninggal) itu cukup dikenali sebagai hos program TV, Roda Impian, yang segak dan cukup diminati ramai.
Bagi kebanyakan orang Allahyarham dilihat sebagai seorang pelakon yang bermula dari bawah dan akhirnya menjadi seorang penerbit melalui penubuhan syarikat penerbitan, Imagines Pictures Sdn Bhd pada 2002.
Bekas isteri Allahyarham yang juga penerbit dan pelakon terkenal, Datin Seri Tiara Jacquelina berkata beliau amat terkilan dengan pemergian Hani Mohsin yang disifatkannya terlalu cepat kerana usianya masih muda.
Ketika melawat jenazah Hani di bilik mayat Hospital Serdang, Tiara ditemani suami yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi.
Hani dan Tiara telah bercerai pada 1998 dan mereka mempunyai seorang anak perempuan, Hani Karmila, 10, yang memaklumkan mengenai kematian ayahnya kepada ibunya hari Selasa.
Hani disahkan meninggal dunia pada pukul 10 pagi akibat diserang sakit jantung oleh Hospital Serdang selepas beliau dibawa dari Klinik Pusrawi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCC) di KLIA.
Allaryarham dikatakan rebah di LCC itu ketika sedang menunggu untuk menaiki pesawat ke Alor Setar sebelum ke Langkawi. Beliau difahamkam merancang untuk membawa Karmila bercuti bersama keluarga di Taman Sena Indah di Perlis.
Antara filem lakonan Allahyarham ialah Embun (2002), Spinning gasing (2000), Merah (1997), Scoop (1996), Ringgit Kasorrga (1995), Jimi Asmara (1995) dan filem terbitan Hollywood, Beyond Rangoon (bersama-sama Tiara) pada 1995.
Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke rumahnya di No 9, Jalan Kelab Ukay, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa sebelum disembahyangkan di Masjid Mukim Hulu Kelang.
Jenazah dijangka akan dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah ibunya, Hasni Bakar, di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang, selepas subuh Rabu.
Kehilangan Allahyarham akan tetap diingati masyarakat negara ini bukan sahaja sebagai seorang pelakon, penerbit dan pengacara juga sebagai seorang insan yang baik hati. Ini diakui sepupunya, Azriyati Mazlan, 28.
"Beliau sendiri pernah datang ke majlis konvokesyen saya. Hanya dia seorang sahaja yang sanggup datang manakala ibu bapa saya ketika itu sibuk tidak dapat hadir," kata pensyarah kolej swasta itu yang turut terkejut dengan pemergian Allahyarham setelah dihubungi saudara maranya pada pukul 10.45 pagi.
-- BERNAMA

0 Comments:
Post a Comment
<< Home