Hani Mohsin Urus Karnival Beli Belah
Karnival Beli-Belah Barangan Bebas Cukai Jualan Kompleks Sukan
Negara Kali ke-14 bakal muncul kembali pada 16 Disember hingga 1
Januari 2004.
Pelakon dan pengacara yang tidak asing lagi Hani Mohsin menjadi
orang kuat di dalam mengendalikan acara yang berprestij ini melalui
syarikat beliau Imagine Pictures Sdn. Bhd.
"Imagine Pictures ditubuhkan pada 1993 sebagai sebuah syarikat
perfileman, menyaksikan pelbagai produk filem, drama dan
dokumentari. Hasil dari pengalaman yang dikutip saya melangkah lebih
jauh dan bertindak menubuhkan unit pengurusan acara `Event
Management' sebagai agensi perunding dan pengurusan."
Karnival membeli belah telah menjadi satu trend bagi masyarakat
Malaysia berbelanja. Karnival kali ke-14 ini menawarkan barangan
bebas cukai jualan ( bagi yang layak ), plan promosi yang meluas dan
mendapat sokongan dari badan-badan kerajaan serta sektor swasta.
"Pihak kami mensasarkan kehadiran pengunjung melebihi 3 juta
orang."
Selain dari medan untuk berbelanja karnival ini juga menyediakan
pelbagai aktiviti hiburan dan pertandingan-pertandingan yang
menghiburkan.
"Antara aktiviti yang akan diadakan termasuk pertunjukan haiwan
liar, konsert artis, pertandingan karaoke,malam ghazal, pertandingan
melukis kanak-kanak, mummy cantik, tiru gaya artis, kereta kancil
tercantik, wawancara dan forum, bersama kartunis, klinik muzik,
fiesta jalanan dan demonstrasi produk. Itu cuma sebahagiannya
saja."
Sebagai artis yang berilmu tentu Hani Mohsin dapat menganjurkan
acara ini dengan baik dan karnival ini tentu akan sekali lagi
menggamatkan Bukit Jalil.
Kompleks Sukan Negara bertindak selaku penganjur utama, Imagine
Pictures Pengurus Acara dan Bestlinear Pengurus Acara Sampingan.
Ianya disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian
Kewangan Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Kastam Diraja Malaysia,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia External Trade and
Development Corporation, Polis Diraja Malaysia dan Dewan Perniagaan
Melayu Malaysia.
Bagi mereka yang mahu menyewa tapak perniagaan ianya sudah dibuka
untuk permohonan.
Lot yang disediakan ialah Pavilion berhawa dingin, Pavilion terbuka,
dewan berhawa dingin lot sudut, tepi dan biasa serta khemah terbuka.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home