Al-Fatihah
Pelakon, pengacara dan penerbit drama, Hani Mohsin Hanafi, meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.
Hani Mohsin, 41, berasal dari Perlis, rebah di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) lapangan terbang itu, kira-kira jam 10 pagi selepas mendaftar untuk menaiki pesawat ke Alor Star.
Allahyarham dan anaknya, Hani Karmila, 10, yang tiba di kaunter pemeriksaan masuk pada jam 9.50 pagi adalah penumpang terakhir untuk menaiki pesawat yang dijangka berlepas jam 10.20 pagi.
Yasin Hamid, Penerbit Eksekutif Imagine Pictures, syarikat penerbitan yang diusahakan Allahyarham, berkata ketika kejadian Hani Mohsin baru selesai membuat pendaftaran masuk untuk menaiki pesawat.
Dua beranak itu bercadang mengunjungi sanak saudara mereka di Kangar dalam perjalanan bercuti di Langkawi.
Difahamkan, Hani Mohsin, yang tiba di LCCT bersama anaknya dengan membawa hanya satu beg galas kira-kira jam 9.40 pagi, rebah sebaik mendapat pas berlepas daripada petugas di kaunter 30 terminal itu, 10 minit kemudian.
Beliau kemudian diberi bantuan pernafasan sebelum dikejarkan petugas LCCT ke Pusat Perubatan Pusrawi KLIA berhampiran terminal kargo, satu kilometer dari situ.
Bagaimanapun, doktor mengesahkan beliau meninggal dunia setibanya di situ. Jenazahnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum dibawa ke rumahnya di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.
Bekas isteri Allahyarham, Datin Seri Tiara Jacquelina, ketika ditemui di Hospital Serdang, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada anaknya pada jam 10 pagi memaklumkan bapanya pengsan.
Sambil menyifatkan Hani Mohsin seorang yang penyayang terutama terhadap anaknya, Tiara berkata, Allahyarham tidak pernah memberitahu dia menghidap penyakit jantung.
Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Redzwan, Hulu Klang, bersebelahan kubur ibunya, Hasni Bakar, yang meninggal dunia pada Mei 2004.
****
A friend who will be missed !!!
SHOCK, sadness and disbelief enveloped those who came to pay their last respects.
Among them were Datuk Jins Shamsusin, Rubiah Suparman, Erma Fatimah, Aziz M. Osman, Serina Redzwan and Shuhaimi Baba.
Hani Mohsin, from Kangar, Perlis, made his debut on the silver screen in Jimi Asmara in 1995, followed by Ringgit Kasorrga (1995), Beyond Rangoon (1995), Scoop (1996), Merah (1997), Spinning Gasing (2000) and Embun (2002).
His latest appearance was as a special guest in Man Laksa, which began screening last month.
Apart from the big screen, he also acted in dozens of TV dramas as well as theatre productions, including Lantai T. Pinkie and Merdeka! Merdeka! Merdeka!
His got his first taste in acting while studying at the Malay College Kuala Kangsar MCKK) and the interest blossomed when he furthered his studies at Universiti Teknologi Mara (UiTM) in Shah Alam.
After six years as an actor, he took the challenge of turning producer in 1994 with his own company, Imagine Pictures.
He then moved on to the world of TV hosting when he took over as the host of Roda Impian on Astro, from Halim Othman in 2003.
Submitted by hazz11 on Thu, 07/27/2006 - 10:35am.
tadi gi rumah cousin. dia citer husband dia and geng2 ex-MCKK yg gi uruskan jenazah arwah. Masa dia dpt berita dan bergegas ke Bukit Antarabangsa, artis2 yg ada tak buat apa2 pun. apa pun tak diuruskan. dia and geng2 MCKK le pecah2kan tugas. sapa tunggu di hospital serdang, sapa pi panggil org surau, pi urus tanah perkuburan. sedih hubby dia sebab arwah Hani tu senior dia setahun. in fact masa skolah dulu dorang penah bertumbuk (nakal budak lelaki)....la ni dah pun pergi.... al fatihah
*** thanks to all budak koleq yang ada kat rumah arwah and help out whats & where necessary ***
..... by Ellyna Ali
Submitted by hazz11 on Fri, 07/28/2006 - 9:55am.
******
DEMI persahabatan yang sekian lama terjalin, rakan-rakan Allahyarham Hani Mohsin Hanafi yang sama menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sekitar 1978-1980 mengambil inisiatif mengadakan majlis tahlil buat arwah di kediamannya di Bukit Antarabangsa.
Bermula malam kelmarin, majlis kenduri tahlil yang dirancang selama tiga malam berturut-turut itu diadakan selepas solat Isyak dengan dihadiri 200 tetamu jemputan serta rombongan anak yatim dari Rumah Bakti Hulu Klang.
Seorang rakan arwah dari MCKK, Azmi Massoh berkata, insiatif mengadakan majlis tahlil itu dilakukan kerana menyedari arwah seorang anak tunggal serta yatim piatu.
“Memang dia punya sanak-saudara di sebelah ibu dan bapanya tetapi apa yang kami tahu kebanyakannya menetap di Perlis.
“Maka sebab itulah kami tampil untuk mengadakan majlis kenduri ini. Awalnya kami mahu mengadakan majlis tahlil ini di surau yang terletak berdekatan saja.
“Namun, selepas mendapat keizinan daripada ibu saudaranya serta bekas isterinya Datin Seri Tiara Jacquelina, akhirnya majlis tahlil ini dibuat di rumah arwah.
“Kita juga memang bercadang membuat tahlil ini selama tiga malam berturut-turut dan malam ini adalah malam terakhir.
“Harap-harap, lebih ramai lagi rakan dari MCKK akan datang menghadiri majlis tahlil arwah ini,” katanya.
Majlis tahlil itu turut menghimpunkan saudara-mara arwah yang berada di Perlis.
Anak arwah, Hani Karmila yang ditemani bapa tirinya, Datuk Seri Effendi Norwawi turut kelihatan.
Dia mula nampak begitu tenang dan bersemangat berbanding beberapa hari dulu, malah kelihatan seronok berbual bersama sepupunya yang datang dari Perlis.
Sesekali dia mendakap nenek saudaranya, Hasnu Bakar, 60, yang sebelum ini dilaporkan sudah menyediakan masakan kari ketam dan sambal sotong sebagai juadah makan tengah hari buat arwah.
Wajah Hasnu pula nampak sayu tatkala Karmila berbuat begitu. Mungkin, kasihan memikirkan nasib si anak kecil itu yang sudah tidak berbapa pada usia yang masih muda.
“Tak sangka Mohsin sudah tiada. Hanya inilah satu-satunya peninggalan Mohsin,” katanya sambil mengusap-ngusap kepala Karmila.
Karmila memang seorang anak yang bijak, peramah dan mudah mesra kepada sesiapa termasuk dengan aktres Azizah Mahzan yang selama ini memang cukup rapat dengan arwah bapanya.
Malah, dia turut mendakap erat Azizah sambil membiarkan wanita itu membelai serta menciumnya berkali-kali.
“Saya tidak sanggup sebenarnya hendak melihat rumah ini. Banyak sebenarnya kenangan arwah bersama saya di rumah ini.
“Cuba tengok di dinding luar rumah ini. Tahu tak siapa yang mengecatnya? Saya dan arwahlah yang punya kerja.
“Tapi, kebanyakannya arwah yang melakukannya sendiri dan saya pula menjadi tukang tengok. Untuk menghasilkan bahagian itu, memaksa kami menggunakan 13 warna,” katanya dengan suara terharu.
Selain Azizah Mahzan, pengarah Mat London juga turut kelihatan di majlis tahlil itu.
Hanya mereka berdua saja yang ada di kalangan rakan perjuangan seni yang hadir. Ke mana pula perginya yang lain-lain?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home