Sunday, January 28, 2007

Hani Mohsin Meninggal Akibat Serangan Jantung

Pelakon filem dan drama terkenal yang juga hos rancangan Roda Impian, 41 telah meninggal dunia jam 9.30 pagi Selasa. Dari sumber yang dipercayai pelokon sensasi tersebut meninggal akibat serangan sakit jantung ketika berada di lapangan terbang Air Asia untuk ke A lot Star dan seterusnya ke Pulai Langkawi di terminal KLIA,Sepang. Allahyarham bersama anak tunggalnya Hani Karmila,9 pada ketika itu mengadu sakit dada lalu rebah disitu (lapangan terbang). Hani Mohsin adalah bekas kepada Datin Tiara Jacquelina. Beliau dibawa ker klinik terminal tetapi telah disahkan meninggal dunia. Jenazah beliau telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kemudianya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa Jenazah allahyarham telah disembayangkan di Masjid Al-Ridzuan Hulu Klang sebelum dikebumikan.

Takziah kepada famili arwah hani mohsin.

Sama2 kita mendoakan semogo rohnya diberkati Allah.

Al-Fatihah

Kat sini aku nak post kata kata arwah sebelum meninggal dunia.
‘Aku letih, aku nak rehat panjang’
Oleh Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah

KUALA LUMPUR 25 Julai – ‘’Letih sangat rasanya, lepas ni aku nak rehat panjang,’’ begitulah luahan terakhir Allahyarham Hani Mohsin Hanafi kepada rakan karibnya, Abdul Halem Mat Som, 40, ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran kepunyaan selebriti Linda Onn, di Ampang Point, Ampang, semalam.

Abdul Halem, yang bertugas sebagai Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata, sepanjang pertemuan mereka tengah hari itu, Allahyarham berulang kali mengadu keletihan akibat sibuk dengan penggambaran drama.

“Mungkin inilah yang Allahyarham maksudkan dengan ‘rehat yang panjang’. Ketika itu, saya tidaklah ambil berat luahan Allahyarham sebab dia memang bercadang mahu bercuti dengan anaknya, Hani Karmila ke Langkawi,’’ katanya ketika ditemui di rumah Allahyarham Hani Mohsin di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.

Menurut Abdul Halem, dia pada mulanya tidak percaya apabila mendapat tahu kematian Allahyarham hari ini kerana baru semalam mereka bergurau serta bergelak ketawa.

Katanya, ketika bertemu Allahyarham semalam, beliau perasan riak wajah Allahyarham agak berbeza berbanding sebelum ini.

“Semalam, saya lihat wajah Allahyarham agak berseri-seri. Saya katakan padanya, mengapa wajahnya nampak berseri-seri, tetapi beliau hanya tersenyum,’’ ujarnya.


Hani Mohsin Meninggal Dunia Hani Mohsin Meninggal DuniaHani Mohsin Meninggal Dunia Hani Mohsin Meninggal DuniaHani Mohsin Meninggal Dunia Hani Mohsin Meninggal DuniaHani Mohsin Meninggal Dunia Hani Mohsin Meninggal DuniaHani Mohsin Meninggal Dunia

Saat2 menatap gambar2 tu, terbayang aku… kalo lah yg pergi tu orang yg paling aku sayang… Ya allah seram nyer… amal ibadat aku yg terlalu sikit… dosa yg berlambak.. tak kira lah dosa kecik ke besar ke… dgn suami ke, parents ke, kawan kawan ke ….. L Semalam aku terbaca email pasal satu syarahan yg menyebut bahawa allah akan memgambil banyak roh di bulan rejab ni berbanding dgn bulan bulan lain…

So jgn terperanjat kalau kita terdengar, orang yg sihat, orang yg baru kita bergurau senda semalam terlah di cabut nyawa nyer… atau mungkin kita…. Oh tidak!!!! Arrrrgggghhhhhhhhh!!!

Untuk semua insan2:- Hargai ibubapa/anak2/suami2/isteri2/kawan2 selagi mereka masih ada di sisi kita. Kita tidak akan tahu apa yg akan terjadi kepada kita dan ke atas mereka2 yg kita sayangi pada esok hari. Berbuat baik lah selagi hayat masih ada. Dont take things for granted.

6 Comments

  1. Comment by DSP Google Adsense on July 26, 2006 4:00 pm

    Al Fatihah

  2. Comment by hamba Allah on July 26, 2006 6:58 pm

    pemergian yg x dijangka mengingatkan kita pada maut yg datang pada bila2 mase….INGATLAH!!!

  3. Comment by din on July 26, 2006 10:34 pm

    Ini membawa petanda bahawa setiap yang hidup pasti menemui ajal tidak kira muda atau tua, kaya atau miskin and so forth. Jadi nak ingatkan kepada semua marilah kita sama2 berusaha untuk akhirat yg kekal abadi ini kerana kadang2 kita lupa untuk berusaha untuk akhirat sebaliknya mengejar dunia bagai nk rak umpama kita akan hidup di dunia buat selama-lamanya. Al-fatihah untuk beliau.

  4. Comment by PemegangKFC on July 27, 2006 8:20 am

    Ini adalah salah satu hakikat yang kita tidak boleh perkecilkan, tidak kira anda glomour, kaya, golongan atasan, miskin dan sebagainya, jika allah ingin mengambil anda dari dunia, ajal dan maut bila bila sahaja, oleh itu dalam kesempatan ini, saya pemegang KPC ingin memberi sedikit nasihat, jgn lah kita alpha bila berada didunia.

    Al fatihah untuk beliau

  5. Comment by Sparxclynxs on July 30, 2006 3:18 pm

    Ucapan takziah buat keluarga Hani Mohsin…
    Tapi anak die speaking mmg mcm air yang ngalir…
    AL-Fatihah untuk Hani Mohsein

  6. Comment by heni on September 11, 2006 11:24 am

    takziah buat keluarga hani mohsin
    mmg tak dpt sangka permergian arwah mendapat kesan di hati kita semua..
    mengingatkan kita bahawa kuasa dan takdir Allah tiada siapa kita dpt lwn
    arwah mmg dikenali sbg seniman yg budiman..
    harap sikap dan personalitinya mjadi contoh yg terbaik utk kita semua
    Al-Fatihah…..

******
Pelakon filem dan drama terkenal yang juga hos rancangan Roda Impian, 41 telah meninggal dunia jam 9.30 pagi Selasa. Dari sumber yang dipercayai pelokon sensasi tersebut meninggal akibat serangan sakit jantung ketika berada di lapangan terbang Air Asia untuk ke A lot Star dan seterusnya ke Pulai Langkawi di terminal KLIA,Sepang. Allahyarham bersama anak tunggalnya Hani Karmila,9 pada ketika itu mengadu sakit dada lalu rebah disitu (lapangan terbang). Hani Mohsin adalah bekas kepada Datin Tiara Jacquelina. Beliau dibawa ker klinik terminal tetapi telah disahkan meninggal dunia. Jenazah beliau telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kemudianya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa Jenazah allahyarham telah disembayangkan di Masjid Al-Ridzuan Hulu Klang sebelum dikebumikan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home