Luahan peminat Mohsin
Gambar dari CCTV Terminal Sepang
Hani Mohsin rebah selepas sahaja selesai Check in bersama anaknya.
Bantuan CPR sedang diberikan! dikatakan terpaksa menunggu terlalu lama sebelum di bawa ker klinik berdekatan,tak tau kenapa?
Close up Hani Mohsin.
Mungkinkah ketika ini Allayarham sudah tidak bernafas?
Sesungguhnya gambar gambar ini banyak menginsafkan saya, menyedarkan saya bahawa maut datang tidak terlewat walau sesaat pun. cuma saya terfikir sekiranya kita berada disebelah Allahyarham ketika itu,aper yang harus dilakukan dan aper yang harus tidak dilakukan.saya adalah orang biasa yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai Perubatan atau pun CPR,di sini saya ingin bertanya kepada anda yag tahu,sekiranya seseorang itu di serang stroke..secara mengejut/mendadak dan jatuh betul betul di hadpan kita,apa yang harus dilakukan?
1.Berapa lamakah seseorang itu bernafas selepas dia jatuh?
2.Apa kah tindakan pantas yang perlu dilakukan/sementara menantikan bantuan profesional (doktor@ambulan)?
Lagi satu banyak diantara kita yang memangil orang yang telah mati sebagai aruah, saya pernah mendengar ceramah dari Dato Ismail Khamus,beliau berkata panggilan itu tidak sesuai kerana perkataan aruah itu bermaksud untuk bilangan yang ramai@ banyak aruah. panggilan yang sesuai adalah allahyarham yang bermaksud semoga allah akan merahmati roh si mati.(perbetulkan saya jika saya tersilap.semoga sama sama kita mendapat ilmu dan pengetahuan.sekian
untuk melihat gambar di atas dengan size yang lebih besar sila ke fotopages saya.
klik sini
Monday, July 31, 2006
Majlis Tahlil Vs Debat Perfileman.
Tentu ramai pengunjung yang tertanya-tanya apakah kaitan tajuk blog saya hari ini, semalam pejalanan saya dari Kelana Jaya ke Hulu Kelang diiringi hujan gerimis yang tidak putus-putus seolah-olah meratapi permergian Allahyarham Hani Mohsin,saya sedar keadaan tersebut kerana memang cuaca di sekitar lembah kelang minggu ini sentiasa mendung, walau pun cuaca di Amerika Syarikat dikatakan mencecah 40 darjah celcius (Kerana merestui pembunuhan di Lubenan agaknya), Saya teringat ketika kecil-kecil dahulu ibu saya mengatakan kalau kalau cuaca begitu menandakan ada orang besar(orang kenamaanan penting) hendak meninggal,tidak pastilah sejauh mana kebenarannya. tidak tahulah jika Allahyarham Hani Mohsin ini boleh kita dikategorikan termasuk sebagai 'orang besar' tersebut.
ketika saya sampai di Kompleks Finas yang terletak bersebelahan dengan Zoo Negara itu,Saya merasa sangat-sangat terkejut kerana dimaklumkan oleh pengawal yang bertugas tersebut bahawa TIDAK ADA sebarang majlis tahlil yang dikatakan dianjurkan Persatuan Seniman di situ, yang ada hanyalah majlis Debat Perfileman yang di hadiri oleh pengarah filem seperti Yasmin Ahmad, Mahadi J Murat, majlis debat tersebut di rasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. kepada pengunjung blog ini yang menantikan berita majlis tahlil tersebut di sini saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat menunaikan permintaan tersebut. Apa yang berlaku tanpa saya duga sama sekali. Saya juga telah menghantar e-mel untuk meminta penjelasan dari pengarang terbabit.(diakhir sekali saya letakkan kandungan e-mel tersebut)
Sepanjang perjalanan balik itu fikiran saya berkecamuk,sedih,hampa,keciwa,terkilan dan marah bercampur-baur bergaul dalam satu masa, berkecamuk fikiran saya dibuatnya. Perasaan marah juga meluap-luap kerana rasa tertipu yang amat sangat, namun saya teringat satu artikel mengenai Allayarham Hani Mohsin baru-baru ini "ketika marah pun dia senyum". Perasaan marah saya beransur reda,saya pasrah, mungkin ini dugaan Allah kepada saya. Saya kagum dengan Allahyarham dan saya juga ingin menjadi lelaki budiman sepertinya, terima kasih Allahyarham Hani Mohsin!, kerana anda menjadi inspirasi kepada saya dan menjadi contoh tauladan yang baik,sepanjang perjalanan pulang itu saya sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham semoga 'usaha' yang sekecil itu akan mendamaikan rohnya disana,
Saya sedar dalam beberapa hari ini telah banyak airmata yang 'tumpah' kerana seorang insan bernama Hani Mohsin,saya berharap agar janganlah kita bersedih lagi selepas ini kerana jika kita terlalu meratapi pemergian Allahyaham seoalah-olah kita tidak redha dengan ketentuan ilahi,sebenarnya sikap kita ini akan lebih menyeksakan roh Allyarham disana. Ssaya berharap kita biarkan dia pergi dan menempuh perjalanan di "sana" dengan tenang. kita yang hidup ni kena teruskan perjalanan hidup kita. Semua ini takdir yang dah tertulis. sebagai saudara seagama, sedekahkan la Al-Fatihah dan surah Yaasin untuk Allahyarham. Terima kasih juga kepada 'Adik' Serina Rezuan kerana pernah memberi secebis sinar kebahagiaan kepada Allyaham Hani Mohsin sepanjang perkenalan mereka.
e(-mel kepada pengarang berita harian)
Dimana kredibiliti Berita Harian ?
(buat saudara Zainuri Misfar)
Assalamulaikum w.b.t.
Berpandukan rencana yang ditulis oleh saudara Zainuri Misfar, maka saya dengan penuh semangat yang berkobar-kobar dan rasa tanggungjawab sebagai peminat Allahyarham Hani Mohsin telah pun memandu sejauh 80 km untuk menghadiri majlis tahlil tersebut, Namun merasa sangat keciwa kerana dimaklumkan oleh pengawal di kompleks Finas bahawa tiada majlis tahlil anjuran Persatuan Seniman seperti yang telah dikeluarkan dalam berita oleh pihak akhbar saudara, Cuma tedapat majlis debat perfileman yang diadakan di kompleks itu pada tarikh tersebut. Saya merasa sangat marah dan geram kerana penyaluran maklumat yang tidak tepat ini telah menyusahkan bukan sahaja diri saya tetapi pengunjung-pengunjung blog saya kerana saya telah mengwar-warkan berita tersebut.
Untuk makluman saudara pengujung blog saya mencecah sehingga lebih 20 000 (dalam tempoh 5 hari) sejak berita kematian Hani Mohsin tersebar,Saya merasa sangat terkilan dan keciwa kerana terpaksa menghampakan harapan pengunjung blog saya dan dalam masa yang sama membuang masa saya. Disini saya mengharapkan penjelasan dan pertanggungjawapan penuh saudara menjelaskan kekeliruan ini.saya berharap saudara dapat memuaskan hati saya dengan alasan yang rasional dan lebih bertanggungjawab terhadap berita yang saudara keluarkan di masa hadapan.
sekian Terima Kasih.
alamat blog saya
http://teratakburukzam.blogspot.com

Sunday, July 30, 2006
Harijadi yang Terakhir 18 Jun 2006
Gambar ehsan forum cari.com.my
sayunya hati lihat gambar ini,nampak harmoni sungguh,walaupun Allahyarham Hani Mohsin telah bercerai dengan Datin Seri Tiara,namun mereka tetap berkawan seperti satu keluarga,Semuanya saya pasti kerana Hani Karmila.Berapa banyak keluarga di Malaysia yang mampu melakukan seperti ini,Yang baik jadikan teladan......
Saturday, July 29, 2006
Majlis tahlil Allahyarham Hani Mohsin 30 Julai 2006
[Ehsan Berita harian]
Program Mohsin dibeku sementara
Oleh Zainuri Misfar
SEMUA stesen televisyen dirayu tidak menyiarkan sebarang rancangan atau drama yang membabitkan pelakon dan pengacara program TV, Allahyarham Hani Mohsin untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu.
Rayuan itu dibuat oleh pengarah drama yang mempunyai hubungan akrab dengan Allahyarham, Ahmad Ibrahim atau dikenali sebagai Mat London.
Rayuan ini juga diminta oleh anggota keluarga Allahyarham Hani Mohsin. Ini untuk menghormati pemergian Allahyarham.
Saya difahamkan Astro menyambut rayuan ini apabila tidak menyiarkan program Roda Impian untuk sementara waktu.
Kita berharap, stesen TV lain juga dapat melakukan tindakan yang sama. Kalau kebetulan dalam masa seminggu ini ada program atau drama lakonan Hani Mohsin, saya harap siarannya dapat ditangguhkan,¡± katanya.
Dia berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis tahlil di kediaman Allahyarham Hani Mohsin di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.
Menurut Ahmad lagi, Hani Mohsin dianggap sebagai adik kerana mengenalinya sejak Allahyarham mula menceburi bidang lakonan lagi.
Memang saya ada hubungan peribadi yang sangat rapat dengan beliau. Saya kenal Hani sejak dia sebelum kahwin lagi. Malah saya turut sama-sama membantu menguruskan perkahwinannya dengan Tiara Jacquelina.
Walaupun agak lama tidak terbabit dalam penerbitan drama, kami saling berhubung. Malahan, dua hari sebelum meninggal dunia, arwah ada menghubungi saya mengatakan ada projek besar.
Bersungguh-sungguh arwah bercakap pasal projek besar itu. Tapi dia mahu bercuti terlebih dulu sebelum berbincang lebih lanjut mengenai projek itu, jelasnya lagi.
Malahan, sebagai tanda keikhlasannya, Ahmad Ibrahim juga turut mengadakan majlis yang berasingan iaitu di Masjid Taman Melawati, Hulu Klang. Satu lagi majlis tahlil akan diadakan oleh Persatuan Seniman di Kompleks Finas pada 30 Julai ini. Tapi majlis tahlil di sini (di Bukit Antarabangsa) adalah inisiatif daripada kawan-kawan arwah semasa di MCKK, jelasnya.
Hani Mohsin, 41 meninggal dunia pada pagi Selasa lalu kerana serangan sakit jantung, semasa beliau bersama anaknya, Hani Karmila dalam perjalanan untuk bercuti di Langkawi.
Sementara itu, Azmi Massod yang mewakili bekas rakan Allahyarham Hani Mohsin berkata, majlis tahlil selama tiga hari ini dianjurkan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1978 hingga 1982.
Sehubungan itu, beliau meminta rakan yang seangkatan dengan Allahyarham Hani Mohsin dan bekas pelajar MCKK dapat datang bersama-sama menjayakan majlis tahlil ini yang diadakan selama tiga hari dari Rabu hingga hari ini (Jumaat).
Sebagai kawan rapat, kami tahu Hani anak tunggal, yatim piatu. Saudara maranya pula jauh kerana kebanyakannya di Perlis. Sebab itulah, kami berpakat mengadakan majlis tahlil ini untuk arwah. Pada mulanya tahlil ini hendak diadakan di surau berhampiran, tetapi selepas mendapat keizinan ibu saudara arwah, ia diadakan di rumah ini, katanya.
Majlis tahlil yang diadakan selepas solat Isyak ini turut dihadiri kakitangan syarikat penerbitan Hani Mohsin, Imagine Pictures Sdn Bhd dan beberapa orang anak yatim dari Rumah Bakti, Hulu Klang. Turut kelihatan ialah Datin Seri Tiara bersama suaminya, Datuk Seri Effendi Norwawi.
Menurut Azmi, rakan seperjuangan Hani dalam dunia seni tidak hadir kerana mungkin tidak tahu majlis tahlil itu diadakan.
p/s. Teman ketawa senang dicari tetapi teman manangis sukar ditemui.marilah kita buktikan bahawa kita ini teman menangis Allahyarham Hani Mohsin walaupun Allahyarham tidak pernah mengenali kita.
Alamat Finas
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka
Jalan Hulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor
No. Tel: 603-41085722
No. Fax: 603-41075216
Ulasan Niezam_Phg.
Di sini saya ingin menyeru kepada peminat-peminat Allahyarham Hani Mohsin yang tinggal disekitar lembah kelang agar bersama-sama kita dapat menghadirkan diri di majlis tahlil yang dianjurkan Persatuan Seniman di kompleks Finas pada 30 Julai 2006 ini,( saya sangat terkilan kerana terlepas dengan majlis tahlil yang dilakukan di rumahnya yang di anjurkan oleh rakan-rakan Allahyarham, alumni MCCK itu ),insyallah jika diizinkan, saya juga akan turut ke sana,(menyertai majlis dan membuat sedikit liputan bergambar untuk blog ini). Jangan pula Anda mencari siapakah Niezam Phg kerana saya seorang yang pemalu!.
Oleh kerana ianya dilakukan di tempat umum, maka marilah kita menjemput diri sendiri,tak perlulah jemputan secara rasmi [ini bukan kenduri kahwin! ], jika kita biasa menghadiri majlis seperti ini, Insyallah ketika 'masa' kita nanti Allah juga gerakkan hati orang lain untuk ke majlis tahlil kita pula kerana setiap yang hidup pasti akan pergi kan!. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allahyarham tenang dan damai di sana.
Sebenarnya ramai di antara kita yang meminati Allahyaham dalam tidak kita sedari, namun apabila Allahyarham telah tiada barulah kita merasai kehilangannya, merindui gelak tawa dan jenakanya,merindui senyuman manisnya,merasa simpati dengan pejalanan hidupnya, merasa kasihan dengan kesepian yang ditanggung oleh Allayarham selama ini................
Saya perhatikan pengunjung blog ini agak ramai juga, tetapi tidak ramai yang ingin meninggalkan komen(kira macam buku pelawat) diblog ini, sebenarnya saya rasa seperti berseorangan di blog ini,kerana komunikasi satu hala, saya sebenarnya sangat ternanti-nantikan komen dan respon dari pengunjung blog ini, Apabila anda meninggalkan komen sebenarnya anda juga menunjukan dimana rumah(blog) anda,Jika berkesempatan saya juga ingin membuat kunjungan balas ke rumah(blog) anda.
Jika anda tiada blog account cukuplah sekadar meninggalkan komen di ruang Chat Room sebelah kanan page.Apabila anda mengharapkan sesuatu(berita dan gambar) di blog ini saya jugak menantikan sesuatu(respon) sebagai dorongan kepada diri sendiri Kerana saya tidak dibayar untuk melakukan semua ini, cukuplah sekadar komen 'Terima Kasih' yang sebenarnya sangat-sangat bererti kepada saya.Terima Kasih kepada yang telah sudi meninggalkan komen sebelum ini.
Nantikan update laporan bergambar Majlis Tahlil di Kompleks Finas nanti!!!!!!!!
Saya merasakan Allaharham Hani Mohsin Banyak mempunyai persamaan dengan Allahyarham Sudirman.
1.kedua-duanya terpelajar(Hani dari MCKK dan UITM,Sudirman dari UM)
2.Meninggal semasa Duda.(cinta tidak kesampaian)
3.Perginya mengejutkan seluruh negara.
4.Tidak mempunyai gossip liar sepanjang kareer
5.Suka tersenyum dan peramah.
( Anda boleh tambah ini di ruangan comment)

Friday, July 28, 2006
Teks bacaan talkin Imam Masjid Kg Pasir.
(kepada yang gagal mendownload audio)
Disinilah Allahyarham Hani Mohsin disemadikan.
[Sempadan dunia dan akhirat] Sudahkah anda bersedia untuk di 'periksa' oleh 2 malaikat nanti?
Assalamualaikum.
Bissmillahhirahmanirahim.
Maha suci Allah yang maha kuasa lagi kekal tanpa kesudahannya,maha suci Allah yang telah menentukan manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian, supaya dapat dicuba dan diuji siapakah diantara manusia yang telah mengerjakan amal soleh dan membuat kebaikan, maka segala amal bakti dan hasil daripada perkerjaan mereka itu semuanya akan dapat dilihat satu persatu,pada hari yang ditetpkan oleh Allah S.W.T. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, segala sesuatu yang lain daripada Allah S.W.T tetap akan rosak dan binasa kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allahlah kita semua akan dikembalikan, maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat
dan juga terlepas dari azab api neraka dan seterusnya mendapat balasan nikmat yang berkekalan dalam syurga.adapun nikmat dan keseronokan di dunia semuanya hanyalah untuk sementara waktu sahaja,
Allah S.W.T menjadikan kita semua daripada tanah,maka ke dalam tanah kita akan dimasukkan,dan daripada tanah juga kita akan dikeluarkan semula, Allah S.W.T menghidupkan kita semula kembali supaya menanggung amanah-amanah dan menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah,selama mana kita hidup didunia ini,kemudian kita dimatikan oleh Allah dan dimasukan kita kedalam tanah untuk menjadi mangsa dan ulat,makanan-makanan ulat serta cacing-cacing yang tidak mengenal siapa kita,
yang tidak teragak-agak untuk membaham dan memamah jasad kita sehingga berkecai dan hancur segala urat dan daging kita tanpa meninggal sebarang sisa,hinggalah Allah S.W.T perintahkan malaikat israfil meniup sangkakala maka dihidupkan kita semula dengan serentak untuk dibawa kita ke hadapan mahkamah kadirabuljalil.
Disanalah.....disanalah segala amalan pekerjaan kita semasa kita hidup...semasa kita hidup di atas dunia ini akan dihisab samada baik atau pun buruk,semuanya akan dibicarakan untuk dihukum dengan pembalasan yang setimpal atau di beri ganjaran dengan adil dan juga saksama,demi sesungguhnya dengan nama Allah yang maha agung, dan ZAT yang tidak ada bandingan dengan nama rasulnya yang mulia dan atas agama islam yang maha suci, apa yang akan disebutkan disini adalah pekara-pekara yang benar belaka, yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada kita dan amatlah benar segala rasul-rasulnya yang telah menyampaikan janji-janjinya.
Wahai saudaraku Hani Mohsin bin Hasni
Semoga Allah kurniakan kesihan belas ke atas saudara.ketahuilah bahawa segala nikmat dan keseronokan dunia telah hilang daripada saudara sekarang ini.saudara telah masuk kesempadan akhirat dan tinggal disini sehingga hari kiamat.Wahai saudaraku janganlah sesekali saudara lupakan pengakuan dan perjanjian kita semasa hidup didunia iaitu kalimah Asshaduallailah haillahwaasyhhaduanamuhamadurasullah..Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan untuk memeriksa saudara dengan perintah Allah. maka janganlah saudara gentar dan takut.kerana mereka juga makhluk Allah sama seperti saudara. Mereka Akan bertanya siapakah tuhan yang saudara sembah? Siapakah nabi saudara? Apakah iktikad dan kepercayaan saudara?dan atas agama apakah saudara hidup dan mati?katakanlah kepada mereka Allah tuhanku yang sebenar-benarnya, bila ditanya lagi maka jawablah AllaH tuhanku yang sebenar-benarnya. bila di tanya bagi kali yang ketiga iaitu kali yang terakhir maka jawablah dengan lidah yang lancar tanpa rasa takut dan gentar Allah tuhan ku, Muhamad rasulullah nabi ku ,islam adalah agamaku, Al-Quran sebagai pedoman dan ikutanku, Baitullah adalah kiblatku,Sembahyang adalah kewajipanku,sekalian orang islam adalah saudara-saudaraku,Ibrahim Al-Khalil adalah bapa bagi agamaku,hidup dan matiku adalah atas kalimah laillahaillahmuhamadurrasulullah.
Ingatlah dan peganglah bersungguh-sungguh kenyataan pesanan ini,ketahuilah bahawa saudara akan berada di alam barzah ini sehingga hari kiamat,tiada siapa yang dapat menolong dan membantu saudara,sekiranya ditanya saudara mengenai Muhamad maka katakanlah bahawa muhamad itu adalah pesuruh dan utusan Allah yang telah menyampaikan kepada kami segala keterangan dan bukti-bukti tentang kewujudan dan kekuasaan Allah, maka kami telah beriman dan menurut ajarannya, jika sekiranya setelah selesai semua soalan yang diajukan,berserahlah diri saudara kepada Allah yang maha ESA yang memiliki arash yang maha besar,
Ketahuilah wahai saudaraku,bahawa sesungguhnya mati itu adalah benar,memasuki liang kubur juga benar,soalan mungkar dan nakir dalam kubur adalah benar,dibangkitkan semula semua manusia untuk diperiksa segala amalannya juga adalah benar,melalui titian sirat,balasan nikmat syurga dan siksa api neraka semuana adalah benar belaka, dan tetap akan berlaku dan bahawasanya hari kiamat tetap akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi,maka Allah akan menghidupkan kita semula sekalian manusia,
Wahai saudara,
Selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkanlah saudara kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,semoga dicucuri rahmat dan keampunanNYA ke atas saudara,ya Allah yang maha berkuasa,ya Allah yang maha berkuasa, ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,kurnikanlah limpah rahmatMU kepada saudara hambamu ini,ampunkanlah dosa-dosanya dan ampunkanlah dosa-dosa kami.yarrabalalamin.
Wahai saudara,
Ingatlah pesanan yang terakhir,bahawasanya Allah Adalah tuhan kita, islam satu-satunya agama kita dan Muhamad S.A.W. adalah nabi kita.kepada Allah kami berharap supaya memberi perlindungan kepada saudara, mengampuni dosa-dosa dan kesalahan saudara serta memberi ganjaran diatas segala amalan dan kebaikan yang telah saudara lakukan.amin yarabalalamin.AL-FATIHAH.
[Tukar huruf yang digelapkan dan gantikan dengan nama sendiri dan binkan dengan nama ibu kita dan hayati sahajalah jika masa 'kita' pula yang tibaaaaaaaaa....]

Mimpi sedih Hani Karmila
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
AWAL pagi kelmarin, dua beranak itu begitu riang dalam perjalanan ke lapangan terbang apatah lagi hampir dua tahun mereka tidak bercuti bersama. Malam sebelumnya, mereka rancak bercerita, berkongsi keseronokan antara bapa dan anak.
Barangkali, apa yang bermain di fikiran Hani Karmila adalah keriangan untuk menghabiskan cuti selama seminggu bersama bapa kesayangannya, aktor Hani Mohsin selepas hampir dua minggu tidak bertemu disebabkan kesibukan lelaki itu.
Namun, keriangan yang diharapkan Karmila bertukar menjadi mimpi sedih apabila bapanya tiba-tiba rebah ketika mendaftar masuk di kaunter pelepasan sebelum berangkat ke Alor Star, Kedah untuk bercuti di Pulau Langkawi.
Saat mencemaskan itu masih bermain di fikiran anak kecil yang sedang belajar memahami erti sebuah kehidupan. Sangka Mila, bapanya cuma pengsan disebabkan penat bekerja memandangkan Mohsin begitu sibuk dihambat tugasan harian.
Apa saja yang termampu dilakukan kanak-kanak berusia 10 tahun itu? Dalam situasi mencemaskan itu, Mila cuba menggerakkan tubuh bapanya dengan mulut tidak berhenti berdoa agar Mohsin segera membuka mata.
Melihat bapanya yang kaku tanpa sebarang reaksi, mendorong Mila untuk menghubungi ibunya, aktres dan produser, Datin Seri Tiara Jacquelina bagi memaklumkan keadaan bapanya. Tangisan mula menemani anak kecil itu, mujur orang ramai yang berada di situ ringan menghulurkan bantuan.
“Kami tiba di lapangan terbang agak lewat kerana terlambat bangun tidur. Malam sebelum itu, kami berbual panjang dan ayah hanya sempat tidur dua jam kerana sibuk mengemas untuk ke Langkawi. Itulah ayah yang sentiasa menggembirakan hati saya setiap kali kami bersama.
“Di lapangan terbang, ayah meminta supaya saya cepat dan itulah perkataan terakhir daripadanya. Tiada pesanan akhir lain daripada ayah,� kata Karmila sebak, sambil ditenangkan ibunya ketika ditemui wartawan yang memberikan penghormatan terakhir di kediaman Mohsin di Hulu Klang.
Sikap arwah bapanya yang penyayang dan gemar berlawak kini hanya tinggal kenangan buat si kecil ini. Malah sehingga kini sikap bapanya yang rajin dan cerdik itu memang amat dikagumi.
“Ayah seorang lelaki dan bapa yang baik. Dia suka bagi saya hadiah dan buat kejutan setiap kali saya pulang ke rumahnya. Ayah suka berlawak untuk menggembirakan hati saya,� katanya.
Bekas isteri Allahyarham, Tiara Jacquelina ketika ditemui berkata, arwah sibuk sejak kebelakangan ini hingga jarang meluangkan masa bersama anak mereka. Oleh sebab itu, dia mencadangkan kepada arwah supaya membawa anak mereka bercuti.
“Sehari sebelum Mohsin meninggal, dia ada menghubungi saya malah suaranya kedengaran cukup gembira. Arwah kata dia sudah menempah tiket kapal terbang dan chalet untuk bawa Mila bercuti kerana mereka sudah lama tidak bercuti bersama.
“Saya sangat terkejut menerima berita dari Mila yang mengatakan bapanya pengsan. Saya tidak fikir sesuatu yang buruk tapi tidak sangka rupanya Mohsin sudah meninggal dunia.
“Bagi saya dia seorang lelaki yang baik dan sangat penyayang terutama terhadap anaknya. Kehilangan Mohsin adalah satu kehilangan yang cukup besar bukan saja kepada saya tetapi dunia hiburan kita,� katanya.
Arwah yang meninggal dunia disebabkan serangan jantung tidak pernah memberitahu Tiara mengenai sejarah penyakit jantung keluarganya. Dia hanya mengetahui mengenai penyakit itu melalui setiausaha Mohsin setelah aktor itu meninggal dunia.
Sepi seorang lelaki
SEHINGGA saat akhir pemergiannya, Mohsin sendirian. Sejak lapan tahun lalu, hidupnya kosong tanpa kehadiran seorang wanita bergelar isteri.
Di tambah pula sejak pemergian ibunya dua tahun lalu, hidupnya menjadi bertambah sunyi. Apatah lagi dia adalah anak tunggal. Setiap kali pulang ke rumah, dia merasakan hidupnya terlalu cukup kosong dan kerap kali dia menyatakan perasaan itu kepada teman rapatnya.
Namun, mereka tidak menyangka kata-kata itu membawa petanda bahawa dirinya tidak akan lama di dunia ini. Mohsin juga pernah berkata kepada beberapa temannya, tiada siapa mahukan dirinya memandangkan dia seorang duda dan hingga ke akhir hayatnya memang Mohsin bersendirian.
Teman-teman menyifatkan Mohsin sebagai seorang yang baik hati, tidak hairan di hari kematiannya teman-teman bertali arus menantikan ketibaan jenazah untuk memberikan penghormatan terakhir kepadanya. Keadaan di perkarangan rumahnya cukup sesak hingga tetamu yang datang menziarah terpaksa beratur untuk melihat Mohsin yang terbujur kaku di tengah ruang tamu.
Bagaimanapun, dia beruntung meskipun tiada saudara mara bekas isterinya serta suami sudi menguruskan jenazahnya hingga ke saat akhir.
[Ehsan Berita harian]
p/s...sedihnya...dengan kesunyian dia.semoga Allah mengurniakan bidadari untuknya di syurga.AMIN

Artikel ini diambil dari blog Niezam Phg. Blog beliau memuatkan banyak berita mengenai Allahyarham bersama gambar-gambar eksklusif di majlis pengebumian.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home